Laporan dari Korea Selatan, Yonhap, telah menyatakan bahawa Bithumb, Upbit, Korbit dan Coinone dilaporkan menubuhkan hotline di mana para pengguna boleh berkongsi maklumat mengenai sebarang perdagangan atau pembayaran yang mungkin berkaitan dengan jenayah, seperti skim piramid.
Menurut seorang wakil tanpa nama dari salah satu bursa tersebut berkata ciri-ciri ini sangat berguna kerana ia dengan segera memeriksa sebarang transaksi yang mencurigakan dan segera menyekat akaun berkenaan.
Semasa audit pada bulan September dan Disember 2018 - Bithumb, Coinone dan Korbit, bersama-sama dengan empat bursa utama lain berrpuas hati dengan kekuatan langkah keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, majoriti firma yang diperiksa didapati terdedah kepada serangan jenayah cyber.
No comments:
Post a Comment