Kali ini, saya Loqman akan membawa kan kepada pembaca berita mengenai Ethereum (ETH) telah menangguhkan hard fork Constantinople hingga akhir bulan Februari. Upgrade ini ditetapkan bakal dilaksanakan pada blok ETH 7,280,000, seperti yang diumumkan oleh pasukan di Ethereum, Peter Szilagyi.
Dalam pengumuman tersebut, Szilagyi menjelaskan bahawa pengaktifan akan berlaku di blok nombor 7,280.000, yang dijangka dilombong pada 27 Februari 2019. Upgrade itu dilaporkan akan dilaksanakan sebagai single fork di mainnet dan post-Constantinople-fixup fork pada testnet supaya ia dapat berfungsi dengan ciri-ciri yang ditawarkan
Tarikh terbaru ini adalah berikutan kelewatan yang tidak diduga atas kelemahan keselamatan yang baru ditemui yang membolehkan ia terdedah kepada serangan cyber. Kelemahan ini telah dikesan dalam kod Constantinople oleh ChainSecurity firma smart contract.
Kelemahan yang ditemui itu dikatakan membolehkan penyerang berpotensi untuk mencuri cryptocurrency dari kontrak pintar di rangkaian dengan berulang kali meminta dana daripadanya ketika memberi data palsu baki ETH sebenar. Untuk menutup kelemahan ini, pembaikan akan dibuat dan hard fork ini akan ditangguhkan sehingga notis selanjutnya. Setelah dilaksanakan, penambahbaikan tersebut pada asasnya akan mengubah blockchain Ethereum,
No comments:
Post a Comment