Untuk Trader CHF : Ini Antara Plan Swiss National Bank - Market Demon

Sunday, January 27, 2019

Untuk Trader CHF : Ini Antara Plan Swiss National Bank


Menurut Pengerusi Swiss National Bank (SNB), Thomas Jordan, bank pusat itu merancang untuk mengekalkan kadar faedah pada rekod yang rendah dan mungkin mengurangkannya lagi jika risiko politik menjadi krisis yang lebih besar. Dalam temubual bersama Bloomberg TV di Davos, Jordan berkata,

Dasar kewangan semasa adalah tepat dan kami akan meneruskannya untuk beberapa ketika.

Bagi tahun 2019, kebimbangan terbesar adalah berlaku kesilapan politik dalam perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat. Perang perdagangan dapat memberi impak yang besar kepada ekokomi global. 

Kami ekonomi yang kecil, terbuka dan kami akan terkesan juga. Kemudian sudah tentu kita ada Brexit dan situasi di Eropah.

Pengerusi Swiss National Bank (SNB), Thomas Jordan
Kadar deposit yang ditetapkan oleh SNB bersamaan -0.75%, merupakan yang paling rendah di dunia. Thomas Jordan juga tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan intervene (campur tangan) dalam pasaran mata wang (Forex Market) jika perlu. Swiss Franc (CHF) merupakan antara mata wang yang popular di kalangan pelabur sebagai safe haven currency. Apabila berlaku ketidaktentuan dalam pasaran, pelabur akan beralih ke safe haven. Permintaan yang tinggi akan menyebabkan berlaku kenaikan nilai.

Ketika Brexit Referendum berlangsung pada tahun 2016, Swiss Franc (CHF) telah melonjak dengan tinggi sebagai tindak balas. Event Brexit seterusnya pada penghujung bulan Mac nanti mungkin akan meninggalkan kesan yang sama terutamanya jika tidak ada perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU). Tambah Jordan lagi, beliau percaya intervene sudah cukup untuk menghadapi ketidakstabilan dalam pasaran kewangan.

"Switzerland is a place where they don’t like to fight, so they get people to do their fighting for them while they ski and eat chocolate.”

Jangan lupa sertai kami di Twitter Market Demon

No comments: