Untuk Trader CAD : Data Yang Sedang Dipantau Bank Pusat - Market Demon

Sunday, January 27, 2019

Untuk Trader CAD : Data Yang Sedang Dipantau Bank Pusat


Gabenor Bank of Canada (BOC), Stephen Poloz berkata beliau sedang memantau perkembangan dalam pasaran perumahan negara itu. Memandangkan berlaku ketegangan dalam perdagangan global dan kesan harga minyak yang lebih rendah, beliau terpaksa melihat waktu yang sesuai untuk kenaikan kadar faedah seterusnya. Dalam satu wawancara bersama Bloomberg TV di World Economic Forum di Davos, Switzerland, Poloz menyebut ketiga-tiga isu itu sebagai penentu utama masa depan walaupun beliau percaya bahawa kos pinjaman masih lagi tinggi.

Bergantung pada data. Ia bergantung kepada bagaimana ekonomi bertindak balas dengan apa yang telah kita jelaskan.

Komen-komen Poloz adalah sejajar dengan petunjuk baru-baru ini dari bank pusat yang dilihat belum bersedia ke arah kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi memandangkan ekonomi sedang bergelut dengan kemerosotan harga minyak.

Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz dalam wawancara di Toronto bulan lalu
Selepas lima kali kenaikan kadar faedah sejak pertengahan tahun 2017, pasaran kini menjangkakan bank pusat akan menaikkan sekali lagi kadar faedah sebelum berhenti seketika. Satu isu yang sedang dipantau oleh Bank of Canada adalah kepekaan ekonomi terhadap kadar yang lebih tinggi terutamanya dalam sektor perumahan di mana peningkatan kos pinjaman telah menyebabkan aktiviti merosot dalam pasaran utama seperti Toronto dan Vancouver. 

Dalam masa yang sama, Poloz turut berkata kadar faedah yang lebih tinggi hampir pasti dilaksanakan di Kanada memandangkan ekonomi sudah menghampiri kapasiti dengan inflasi berada pada tahap sasaran. Menurut Poloz lagi, Kanada berada di tahap di dalam kitaran di mana dasar monetari bank pusat akan dilihat sebagai tindakan yang tidak tepat.

Canadian Dollar Currency Index, current market condition (H1)
Berdasarkan chart di atas, keadaan semasa bagi Canadian Dollar Currency Index adalah extremely high. Mungkin terdapat potensi untuk short opportunity bagi pasangan mata wang CAD dalam masa yang terdekat. Kongsi pandangan anda bersama kami di Twitter Market Demon.

"A Canadian is sort of like an American, but without the gun."

Jangan lupa ikuti telegram Market Demon.

No comments: