KLCI : 4 Saham Pilihan, Januari 2019 - Market Demon

Sunday, January 27, 2019

KLCI : 4 Saham Pilihan, Januari 2019


Ketidaktentuan pasaran menjanjikan cabaran yang berterusan untuk pelabur dan pedagang pada tahun 2019. Tetapi di mana terdapat pergolakan, di situ juga adanya peluang. Dalam artikel kali ini Market Demon kongsikan senarai saham yang mungkin berpotensi untuk dinilai oleh anda. Senarai di bawah dipilih berdasarkan  current market condition dan key ratio dari balance sheet, income statement dan cash flow statement.

4. JHM 
Code : 0127
Fundamental Score : 5.4
Market Cap : 498 M

JHM Consolidation Berhad merupakan sebuah syarikat yang berpusat di Penang, Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam rekabentuk dan pembuatan komponen dan bahagian-bahagian logam kejuruteraan. Mereka juga terlibat dalam rekabentuk komponen semikonduktor Light Emitting Diode (LED) dan komponen elektronik yang lain.

JHM Consolidation BHD, current market condition

3. Dufu
Code : 7233
Fundamental Score : 5.8
Market Cap : 423 M

Dufu Technology Corp. Berhad mula ditubuhkan pada tahun 1987 dan terlibat dalam merancang, membangun, mengilang, memasang dan menguruskan komponen-komponen seperti :

1. Pemacu cakera keras
2. Sensor dan keselamatan industri
3. Barangan elektronik
4. Peralatan perubatan
5. Peralatan pejabat
6. Peralatan komunikasi

Dufu Technology memasarkan produk mereka ke China, Thailand, Singapura dah Malaysia.

Dufu Technology, current market condition

2. Padini
Code : 7052
Fundamental Score : 6.7
Market Cap : 2,529 M

Padini Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat yang berpusat di Shah Alam, Malaysia. Mula ditubuhkan pada tahun 1971. Melalui anak-anak syarikatnya, Padini Holdings Berhad terlibat dalam pengedaran dan peruncitan pakaian dan aksesori fesyen di Malaysia dan Hong Kong. Padini menawarkan :

1. Kasut
2. Aksesori
3. Produk sampingan
4. Pakaian kanak-kanak

Padini Holdings Berhad mengedarkan produk mereka melalui kedai dan francais. Mereka turut menawarkan produk di bawah nama :

1. Padini
2. Padini Authentics
3. PDI
4. P & Co
5. Seed
6. Miki

Padini Holdings Bhd, current market condition

1. Scientx
Code : 4731
Fundamental Score : 7.1
Market Cap : 4,317 M

Scientex Berhad mula ditubuhkan pada tahun 1968 dan beribu pejabat di Shah Alam, Malaysia. Selain dari terlibat dalam pembangunan hartanah, syarikat ini turut terlibat dalam pembuatan produk pembungkusan. Scientex Berhad sebelum ini dikenali sebagai Scientex Incorporated Berhad.

Scientex Berhad, current market condition

Harus diingat, senarai di atas bukan nasihat pelaburan atau buy call, ia perlu dilihat sebagai titik permulaan untuk kajian dan penilaian anda sendiri. Apa pendapat anda dengan 4 senarai saham yang kami kongsikan? Adakah anda mempunyai pendapat atau senarai pilihan sendiri, kongsikan dengan kami di Twitter Market Demon.


"The most important objective should be to preserve capital. You need to make sure to stay in the game!"

No comments: