Untuk Trader Euro, Selamat Tinggal Era Keemasan Jerman - Market Demon

Sunday, January 27, 2019

Untuk Trader Euro, Selamat Tinggal Era Keemasan Jerman


Pada dekad yang lalu, Jerman telah bersinar menyerlah disebalik kelemahan ekonomi Eropah. Tetapi beberapa data baru-baru ini menunjukkan Jerman mungkin berada dalam masalah yang serius. Selepas ekonomi menguncup sebanyak 0.2% pada suku ketiga tahun lalu, pengeluaran perindustrian merosot sebanyak 1.9% (MoM) pada bulan November, jauh lebih buruk berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 0.3% menyebabkan berlaku peningkatan kebimbangan bahawa negara itu akan memasuki fasa kemelesetan.


Federal Statistics Office pada minggu lalu mengatakan bahawa GDP Jerman hanya berkembang sebanyak 1.5% pada tahun 2018, berbanding dengan 2.2% pada tahun 2017 dan mengatakan pertumbuhan ekonomi telah kehilangan momentum. Keyakinan perniagaan pula sangat membebankan. Permintaan pengguna yang lemah di dalam dan luar negara, dan pengenalan piawaian pelepasan bahan bakar yang lebih ketat bagi pembuat kereta menyumbang kepada penurunan jumlah pengeluaran.

Walau bagaimanapun, ahli ekonomi dan para usahawan masih percaya bahawa fundamental Jerman masih kukuh. Jerman mempunyai pekerja mahir yang cemerlang, jurutera terkemuka, hampir tiada pengangguran, kenaikan upah dan keadaan politik yang stabil.

"Besser ein Spatz in der Hand, als eine Taube auf dem Dach. (A bird in the hand is worth two in the bush)."

Ikuti kami di twitter Market Demon


No comments: