ANA Jepun Membeli $3.5 bilion Kapal Terbang Boeing - Market Demon

Tuesday, January 29, 2019

ANA Jepun Membeli $3.5 bilion Kapal Terbang Boeing


Boeing 737 Max kelihatan berada di Lapngan Terbang Le Bourget, France

Syarikat penerbangan Jepun, ANA Holding mengesahkan bahawa syarikat itu dalam perbincangan untuk membeli kapal terbang Boeing yang diimport daripada Amerika Syarikat. Reuters sebelum ini membuat laporan bahawa syarikat dari Jepun itu akan membeli sebanyak 30 buah pesawat jenis 737 Max yang berjumlah $3.5 bilion. Wakil syarikat ANA berkata,

We are in discussion with Boeing, but we have not made our final decision yet

Perjanjian antara ANA dengan Boeing bakal menyaksikan pembelian pertama pesawat Boeing jenis 737 Max yang menjadi jualan terlaris sejak dilancarkan. Pada lima tahun lalu, ANA juga adalah syarikat penerbangan pertama daripada Jepun yang telah bersaing untuk mendapatkan A320neo daripada syarikat Airbus, yang mempunyai ibu pejabat di Eropah. 

Pesawat A3320neo membuat penerbangan pertama di lapangan terbang di Jepun
Boeing dan Airbus adalah dua buah syarikat pakar dalam membina pesawat yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api sekaligus menjimatkan kos. Mereka menerima pesanan daripada seluruh dunia dan bersaing untuk menjadi kuasa besar dalam industri penerbangan. Walau bagaimanapun, syarikat daripada Eropah itu telah mendominasi pasaran pada masa kini.

Pada hujung Mac lalu, 81% daripada tempat duduk pesawat ANA telah dibina oleh Boeing. Angka itu melebihi daripada 100 tempat duduk. Pesaing hebat ANA, Japan Airlines Co pula kebanyakannya menggunakan pesawat Boeing menjadikan syarikat A.S itu turut menjadi pilihan mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Keputusan untuk membeli Boeing sedikit sebanyak dipengaruhi oleh syarikat seperti Mitsubishi Heavy Industries, Kawasaki Heavy Industries and Subaru yang membina bahagian besar pesawat Boeing, ini termasuk sayap komposit karbon Dreamliner 787.


"We are embarked as pioneers upon a new science and industry in which our problems are so new and unusual that it behooves no one to dismiss any novel idea with the statement that ‘it can’t be done!’"

No comments: