Pada Disember 2018, Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah (Cash Rate) pada 1.50%. Ekonomi global terus berkembang dan kadar pengganguran di kebanyakan negara maju adalah rendah. Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda kelembapan dalam perdagangan global, sebahagiannya berpunca daripada ketegangan perang perdagangan yang berterusan.
Di peringkat global, kadar inflasi kekal rendah, walaupun ia telah meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pertumbuhan gaji yang lebih cepat. Ekonomi Australia berjalan dengan lancar. Kadar pengangguran adalah bersamaan 5 %, rekod yang rendah sepanjang enam tahun. Jika kita mengikuti trend kadar pegangguran untuk tahun 2018, trend tersebut adalah menurun, ini menunjukkan ekonomi di Australia berada dalam keadaan baik.
Inflasi kekal dan stabil. Sepanjang tahun lepas, CPI adalah 1.9 % dan Core CPI 1.8 %. Kadar inflasi dijanga meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Senario yang dijangka untuk bank pusat pada tahun 2019 adalah untuk mencapai kadar inflasi sebanyak 2.25 %.
Kadar faedah yang rendah dan kadar pengangguran yang terus menurun akan mampu mencapai sasaran kadar inflasi yang dikehendaki oleh bank pusat pada tahun 2019.
Jangan lupa dapatkan percuma $30 USD [Klik DiSini] dan sertai kami di telegram Market Demon
No comments:
Post a Comment