Mata Wang Digital UAE Dan Saudi Arabia 'Aber' Terhad Dalam Memilih Bank Sebagai Pemula - Market Demon

Wednesday, January 30, 2019

Mata Wang Digital UAE Dan Saudi Arabia 'Aber' Terhad Dalam Memilih Bank Sebagai Pemula

Related image

Saya Loqman akan membawa kan kepada pembaca berita mengenai bank pusat Emiriah Arab Bersatu(UAECB) dan Pihak Berkuasa Kewangan Arab Saudi (SAMA) telah mengumumkan bahawa mata wang digital antara bank yang mereka sedang bangunkan akan dipanggil sebagai "Aber."

Kenyataan bersama dari bank ini telah dilaporkan menggariskan bahawa penggunaan Aber kepada penyelesaian kewangan menggunakan teknologi distributed ledger (DLT) secara probasional dan [untuk] dan terhad untuk kegunaan eksklusif oleh beberapa bank sahaja di kedua negara untuk permulaan ini.

Berita tentang rancangan mata wang digital antara kedua negara tersebut dapat menyelesaikan masalah antara bank cross-border sebelum ini dan merupakan petunjuk rasmi nama mata wang digital tersebut dan fungsi mata wang tersebut.

Kedua-dua negara itu berkata kerjasama dua hala tersebut adalah sangat penting kerana mereka menganggap bahawa sistem bank pusat negara yang terbaru ini dalam tujuan kiriman wang dan urusniaga domestik telah membuktikan kepantasan mata wang digital tersebut setakat ini, beberapa aspek dalam kiriman wang antarabangsa memerlukan pembangunan dan penambahbaikan.

Seperti yang dilaporkan, UAE akan menyertai senarai destinasi utama untuk syarikat-syarikat blockchain pada tahun 2019 dengan mewujudkan rangka kerja undang-undang pro-crypto terbaru.

No comments: