Membeli belah merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang penting |
Adakah ekonomi itu berkaitan dengan wang? Bagaimana kita menjana kekayaan dan membelanjakannya? Ataupun adakah ekonomi itu tentang perniagaan, kerajaan dan juga pekerjaan? Adakah ilmu ini akan memberitahu kita tentang kemiskinan dan kekayaan? Jawapannya ialah ekonomi itu berkisar tentang semua perkara yang disebutkan di atas. Tetapi yang paling penting disiplin ini akan menekankan tentang 'pilihan dan akibat'.
Satu fakta yang dominan dalam kehidupan ialah kita mahukan lebih daripada apa yang kita boleh dapatkan. Ketidakupayaan kita mendapatkan kesemua apa yang kita mahukan dipanggil sebagai 'scarcity' ataupun keterbatasan. Keterbatasan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Apabila seseorang ingin membeli komputer, dia akan mempunyai keterbatasan dalam memilih harga yang boleh dibayarnya. Harga yang boleh dibayarnya pula dibataskan oleh jumlah pendapatan yang diperolehinya. Jumlah pendapatan yang diperolehinya dibataskan oleh masa yang dia punyai untuk mencari pendapatan tersebut.
Pilihan yang baik kadangkala sangat sukar untuk dilakukan |
Disebabkan keterbatasan inilah seseorang harus membuat pilihan. Kita tidak boleh memilih untuk menyimpan wang dan membeli telefon bimbit dalam satu waktu yang sama. Kita harus memilih salah satu. Sesebuah kerajaan tidak boleh memilih untuk membelanjakan wang yang banyak dalam bidang pertahanan dan juga bidang pendidikan dalam satu waktu yang sama. Jadinya kerajaan tersebut haruslah membuat pilihan kemana duit itu akan dibelanjakan.
Pilihan seseorang itu juga haruslah selari dengan pilihan orang lain. Sekiranya kamu ingin membeli komputer, seseorang harus juga memilih untuk menjual komputer. Sekiranya kamu inginkan kasut, haruslah ada orang yang memilih untuk menjual kasut. Harga bertindak sebagai insentif. Insentif ialah ganjaran bagi si penjual. Sekiranya harga terlalu tinggi, semakin sedikit orang akan membelinya. Namun jika harga terlalu murah, sangat sedikit pula orang yang akan menjualnya.
Memilih sesuatu bermaksud kita akan melepaskan sesuatu yang lain |
No comments:
Post a Comment