Maklumat yang diterima sejak mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada Disember tahun lalu menunjukkan bahawa pasaran buruh terus menguat dan aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh. Pasaran buruh turut mengukuh, secara purata, dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kadar pengangguran masih rendah.
Perbelanjaan isi rumah terus berkembang dengan pesat, sementara pertumbuhan pelaburan perniagaan adalah sederhana berbanding kadar yang pesat pada awal tahun lalu. Inflasi bagi barangan selain makanan dan tenaga kekal menghampiri 2%.
Selaras dengan mandat berkanun, FOMC berusaha untuk memupuk kadar pekerjaan pada tahap maksimum dan harga yang stabil. Bagi menyokong matlamat ini, FOMC memutuskan untuk mengekalkan target range bagi Federal Funds Rate pada 2-1/4 ke 2-1/2%.
FOMC terus memantau pengembangan aktiviti ekonomi yang mampan, keadaan pasaran buruh yang kuat dan inflasi yang menghampiri objektif 2%. FOMC akan menilai keadaan ekonomi selaras dengan objektif mencapai tahap pekerjaan maksimum dan matlamat inflasi 2%. Penilaian ini akan mengambil kira pelbagai maklumat termasuk :
1. Keadaan pasaran buruh.
2. Petunjuk tekanan inflasi.
3. Jangkaan inflasi.
4. Data kewangan dan perkembangan antarabangsa.
Kesan dari kenyataan FOMC ini, pasaran menyaksikan US Dollar melemah, manakala Gold menguat.
US Dollar Currency Index |
Gold |
"The best way that a central bank can support growth on a durable basis is to ensure inflation is low, stable - there is financial stability - and that is the role that the central bank plays."
No comments:
Post a Comment