Ringkasan Berita Pasaran Forex, 30 Januari 2019 - Market Demon

Thursday, January 31, 2019

Ringkasan Berita Pasaran Forex, 30 Januari 2019


US Dollar (USD)
US Dollar (USD) dijual secara agresif selepas bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve Bank (Fed) menyatakan tiada perancangan untuk kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat. Penganalisis menjangkakan US Dollar akan meneruskan kelemahan apabila Asia dan Eropah menyerap berita tersebut. Ini merupakan satu peralihan besar bagi Fed yang baru menaikkan kadar faedah pada bulan Disember.

Menurut kenyataan FOMC, mereka berpendapat bahawa berdasarkan perkembangan ekonomi, kewangan global dan tekanan inflasi, bank pusat itu akan lebih bersabar dalam menilai semula perubahan kadar faedah. Pasaran tidak melihat akan berlaku kenaikan kadar faedah pada tahun ini dan pandangan itu disahkan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell. Sementara itu, Amerika Syarikat dan China merancang untuk mengadakan satu hingga dua lagi rundingan sebelum tarikh akhir 1 Mac.

Canadian Dollar (CAD) & US/OIL
Pada masa yang sama, Canadian Dollar (CAD) menunjukkan prestasi yang baik. Harga minyak pula menunjukkan kenaikan  selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas industri minyak Venezuela. Data semalam juga menunjukkan berlaku penurunan dalam inventori minyak mentah.

Euro (EUR)
Selain itu, keyakinan dalam Eurozone menyaksikan kejatuhan apabila pasaran menurun dan pertumbuhan melemah. German Consumer Prices juga turun sebanyak -0.8%, tahap paling rendah sejak Februari tahun lepas. Menurut PMI, pertumbuhan pekerjaan merosot ke tahap paling perlahan sejak Disember 2016 dan pertumbuhannya lemah.

Pound Sterling (GBP)
Pound diniagakan lebih tinggi disebalik kelemahan US Dollar. Kurang daripada 60 hari sebelum UK keluar dari Kesatuan Eropah (EU), Theresa May mempunyai masa 2 minggu untuk mencari alternatif yang lebih baik. Ahli Parlimen mahu May membuka semula perbincangan dengan EU dan mengubah beberapa syarat-syarat. Malangnya EU, Ireland dan beberapa negara lain secara terang-terangan menolak cadangan untuk berunding semula. 2 minggu akan datang mungkin akan menjadi sukar buat mata wang Pound dan kami melihat terdapat risiko penurunan.

Jangan lupa ikuti telegram Market Demon

No comments: