Untuk Trader GBP : Dasar Monetari BOE Untuk Menghadapi Brexit - Market Demon

Friday, February 1, 2019

Untuk Trader GBP : Dasar Monetari BOE Untuk Menghadapi Brexit




Pada Disember 2018, MPC (Monetary Police Committe) menetapkan dasar monetari untuk mencapai sasaran inflasi 2%, dengan cara membantu mengekalkan pertumbuhan dan pekerjaan. Dalam mengejar objektif itu, cabaran utama yang dihadapi oleh jawatankuasa adalah untuk menilai implikasi ekonomi United Kingdom (UK) menarik diri daripada kesatuan Eropah (EU) dan mengenal pasti tindak balas dasar yang sesuai dengan pandangan yang berubah itu.

Brexit yang tidak menentu, ditambah pula denngan ekonomi global yang perlahan, juga memberi kesan kepada pertumbuhan UK jangka pendek. Untuk bacaan GDP pada suku pertama (Q1 2018) hingga suku ketiga (Q3 2018) telah berlaku peningkatan daripada 0.2% kepada 0.6%.

Tinjauan ekonomi yang lebih luas akan terus bergantung pada sifat pengeluaran EU, khususnya :

  1. Bentuk pengaturan perdagangan baru antara kesatuan Eropah (EU) dan United kingdom (UK)
  2. Sama ada peralihan dengan secara tiba-tiba atau lancar
  3. Bagaimana responden, perniagaan dan pasaran kewangan bertindak balas

Dasar monetari yang sesuai akan bergantung kepada baki kesan permintaan, bekalan dan kadar petukaran. Dasar monetari adalah fleksible dan berubah. MPC menetapkan pendirian dasar monetari semasa adalah sesuai. Committe akan sentiasa bertindak untuk mencapai sasaran inflasi 2%.

Untuk perkembangan semasa mata wang Pound boleh klik disini.


Jangan lupa dapatkan percuma $30 USD [Klik DiSini] dan sertai kami di telegram Market Demon


No comments: