Setelah melalui perjalanan dan pelayaran panjang, kerja keras masih belum berakhir. Melombong atau menggali emas bukan kerja mudah, ia memerlukan tenaga fizikal dan penggali emas bekerja 12-16 jam sehari, 6 hari seminggu! Bayangkan, mereka menghabiskan hari dengan menyodok bertan-tan lumpur dan batu.
Ketika emas ditemui pada 1848, ia boleh ditemui di dasar sungai. ia boleh diperoleh dengan mudah secara mendulang. Jika bernasib baik, emas akan muncul kerana ia lebih berat daripada lumpur dan ia akan terkumpul di bawah dasar dulang. Emas yang mudah ditemui akan habis didulang dan penggali kemudiannya akan cuba menggali lebih dalam sungai. Mereka menggunakan peralatan seperti Long Tom.
Analisis MD: Sama seperti kebanyakan kita, secara teknikal, pelbagai ratusan teknik dan indikator yang akan digunakan untuk menganalisis carta dan post-news, sedangkan kita gagal melihatnya secara keseluruhan cerita sejak awal lagi.
Long Tom menggunakan kaedah jongkang jongket untuk mendulang dan membuang lumpur. Lama-kelamaan, ia tidak lagi digunakan untuk mencari emas tersembunyi kerana emas semakin kurang. Tahun 1850, 2 tahun selepas penemuan, emas di dasar permukaan sungai habis didulang. Penggali perlu menggali lebih dalam, ada yang membuat by-pass laluan air supaya mereka dapat melombong. Ada juga yang menggunakan teknik hidrolik untuk mendapatkan emas.
Secara diam, bumi California tercemar dengan bahan kimia yang digunakan untuk industri emas seperti merkuri, arsenik, sianida, dan bahan toksik akibat aktiviti perlombongan dan ketamakan manusia.
Wanita semasa Gold Rush
Wanita semasa Gold Rush
Sesetengah orang berhijrah keluarga bersama ke California, kebanyakan yang menuju ke sana adalah lelaki, maka, tidak hairan populasi wanita hanyalah 10% semasa tahun 1850. Kebanyakan mereka mempunyai keluarga di tempat asal dan akan kembali ke pangkuan mereka setelah kerja selesai. Ada juga yang berharap untuk menghantar (emas) ke keluarga yang ditinggalkan bersama ladang dan penternakan mereka.
Oleh kerana kebanyakan pelombong emas kekok membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh baju dan memasak, ini memberi peluang keemasan buat wanita di California untuk 'mendulang emas' mereka sendiri. Seorang wanita beroleh pendapatan $18,000 hanya dengan membuat pai. Ada juga yang menyewakan rumah berhampiran kem-kem pelombong bagi memberi kemudahan penginapan yang selesa, makanan dan laundry.
Peluang selalu ada buat golongan oportunis sekalipun tiada upaya membuat kerja berat, hanya akal dan kemahiran asas sudah memadai. Bukankah ia kedengaran sama seperti golongan-golongan marketer yang 'menjual' ilmu teknikal, robot dan indikator?
Bersambung..Rasakan penangan Gold Rush
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com