Sejarah Ringkas Platts & Penggalian Minyak - Market Demon

Tuesday, May 15, 2018

Sejarah Ringkas Platts & Penggalian Minyak


S & P Global Platts adalah pembekal maklumat tenaga dan komoditi dan sumber penilaian harga dalam pasaran tenaga fizikal. Perniagaan ini diasaskan majalah National Petroleum News  pada tahun 1909 oleh Warren C. Platt.

Warren C. Platt mula menerbit majalah National Petroleum News di Cleveland, Ohio pada tahun 1909. Beliu memperluas perniagaan dengan penerbitan surat berita Platts Oilgram pada tahun 1923, yang kemudiannya diakui sebagai sumber berpengaruh untuk harga pasaran petroleum. Syarikat-syarikat yang diasaskan oleh Platt diperoleh pada tahun 1953 untuk menjadi sebahagian dari kumpulan McGraw-Hill, yang kemudian menjadi S & P Global.

Aktiviti-aktiviti penerbitan yang bermula dengan petroleum kemudiannya berkembang meliputi tenaga dan komoditi, yang dilakukan oleh bahagian dikenali sebagai Platts. Berikut disediakan maklumat dalam bentuk infografik mengenai sejarah Platts dan penggalian minyak secara komersial.