Apa Itu Law Of Attraction? - Market Demon

Tuesday, May 15, 2018

Apa Itu Law Of Attraction?


Law of Attraction(LOA) ataupun boleh disebut sebagai "peraturan dunia" dimana individu memfokuskan fikiran dia kepada matlamat yang individu tersebut mahukan. Individu ini akan lebih percaya dan bersikap positif kepada dirinya sendiri.

Sebagai contoh kita ambil situasi dimana Abu hendak pergi ke kelas

Sepanjang perjalanan ke kelas Abu asyik berfikir yang dia akan dimarahi oleh cikgunya kerana tak menyiapkan tugasan nya. Kesannya bila sampai di kelas sahaja dia terus dimarahi oleh cikgunya. Kesimpulan dari situasi ini, apabila Abu terlalu berfikir yang dia bakal dimarahi dan pada masa yang sama menarik negative charge kepada dirinya.Manakala untuk positive charge pula Abu boleh berfikir secara positif yang dia hanya perlu meminta maaf dan beritahu perkara sebenar dan kesannya cikgunya tak memarahi Abu. Sebab itu, selalu kita mendengar orang berkata jangan terlalu fikir sangat sesuatu perkara itu, takut benda itu benar terjadi.

We are like magnet. Like attract like. You attract what you you think 
People always think about the don't want and attract more of the it  
 Jadi bagaimana LOA ini dapat membuat inidividu itu berjaya dalam kehidupan dan kaya? kalau anda pernah pergi ke ceramah motivasi kewangan pasti anda diberitahu supaya menjerit "saya akan berjaya saya akan kaya" ini bukan sebab penceramah itu suka-suka suruh buat begitu tetapi bersebab. Ini merupakan salah satu LOA dengan mengulangi perkara yang sama banyak kali anda akan terasa hype dan fikiran anda akan berfikir secara positif yang anda juga boleh berjaya dan kaya.

LOA juga terdapat dalam Islam iaitu Doa. Doa boleh dikatakan salah satu LOA dalam Islam. Saya ambil situasi dimana selepas kita melakukan sehabis baik dan jika masih ada kelemahan atau kekurangan perbaiki lagi. Disini pentingnya usaha dan tawakal dan kuncinya di sini adalah Usaha dan komited dalam sesuatu perkara dalam apa yang kita hendak lakukan. Letakkan misi yang kita kehendaki pada paling tinggi nescaya akan ada hasilnya.

Kesimpulannya, LOA akan mengajar kita menjadi lebih tenang dan menyuruh kita supaya lebih bersifat positif dan berusaha dalam perkara yang dilakukan. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, jadi usaha dan tawakal kerana Allah adalah perancang sebaik baik perancang.

You are the creator of your own reality. The first step in faith. You dont have to see the whole staircase, but just take the first step.