Apa itu Candlestick?
Batang lilin (Candlestick) adalah satu komponen di dalam
carta yang digunakan untuk membaca pergerakan harga sesuatu instrumen pelaburan.
Pergerakan harga dipengaruhi pelbagai faktor seperti emosi psikologi, ekonomi
semasa (sentiment) dan fundamental.
Perkara paling asas untuk menjadi seorang trader (pedagang)
atau pelabur (investor) adalah mengenali candlestick. Dengan memahami
candlestick, Teknikal Analisis boleh dijalankan.
Teknikal Analisis adalah data pattern di dalam pasaran yang
digunakan untuk menganalisis sejarah pergerakan harga dan mencari peluang
sejarah berulang kembali (history repeat itself) atau cara lain dengan terdapat
bantuan terdapat indikator – indikator yang membantu anda membuat keputusan
meramal harga akan datang.
Teknikal analisis sangat penting, ia membolehkan
anda memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian
Ini adalah batang lilin (candlestick) digunakan untuk pergerakan harga. |
Perkara pertama untuk membaca candlestick ini adalah anda
melihat warnanya.
Hijau adalah Bullish menunjukkan harga close (tutup) lebih tinggi dari harga open (buka). Bermakna hari ini harga mengalami kenaikan.
Merah adalah Bearish menunjukkan harga close (tutup) lebih rendah dari harga open (buka). Bermakna
hari ini harga mengalami penurunan.
Sekiranya anda melihat candlestick berwarna hitam dan putih, hitam mewakili bearish (merah) dan putih mewakili bullish (hijau). Bacaan adalah sama.
Sekiranya anda melihat candlestick berwarna hitam dan putih, hitam mewakili bearish (merah) dan putih mewakili bullish (hijau). Bacaan adalah sama.
Tips :-
Candlstick hijau - Bullish adalah merujuk kepada seladang.
Seladang berjalan kepalanya mendongak ke atas. Jadi fikirkan ia menaik .
Candlestick merah - Bearish adalah merujuk kepada beruang. Beruang berjalan kepala dan badannya kebawah. Jadi fikirkan ia menurun.
Candlestick merah - Bearish adalah merujuk kepada beruang. Beruang berjalan kepala dan badannya kebawah. Jadi fikirkan ia menurun.
Masih tidak faham? Mana mungkin faham kalau itu sahaja. Mari melihat satu persatu.
BULLISH CANDLESTICK
Bullish Candlestick |
PENERANGAN
Open (buka) - Harga yang dibuka pada hari tersebut.
Open (buka) - Harga yang dibuka pada hari tersebut.
Close (tutup) - Harga yang ditutup pada hari tersebut.
High (tinggi) - Harga tertinggi pada hari itu.
Upper Shadow - Bayang – bayang atas itu menunjukkan harga
naik pada harga tertinggi pada hari itu tetapi tidak bertahan dan turun semula ke
paras real body
Low (rendah) - Harga terendah pada hari itu.
Lower Shadow - Bayang - bayang bawah itu menunjukkan harga turun pada harga terendah pada hari itu tetapi tidak kekal dan naik semula ke paras real body
Lower Shadow - Bayang - bayang bawah itu menunjukkan harga turun pada harga terendah pada hari itu tetapi tidak kekal dan naik semula ke paras real body
Contoh Candlestick Bullish |
Untuk memudahkan pembacaan, saya mengambil contoh dari ini adalah dari pasaran saham Bursa Malaysia. Jadi bacaan adalah dengan Ringgit Malaysia.
Candlestick menunjukkan harga buka 1 unit saham pada
hari ini dibuka pada RM4.91. Turun sehingga paras harga terendah pada RM4.61. Naik pada paras tertinggi RM5.37 turun dan tutup pada RM5.20. Konklusinya adalah Saham ini naik dengan kadar 0.29sen
pada hari ini (Harga tutup - Harga buka)
BEARISH CANDLESTICKBearish Candlestick |
PENERANGAN
Open (buka) - harga yang dibuka pada hari tersebut.
Open (buka) - harga yang dibuka pada hari tersebut.
Close (tutup) - harga yang ditutup pada hari tersebut.
High (Tinggi) - Harga tertinggi pada hari itu.
Upper Shadow – Bayang – bayang atas itu menunjukkan harga
naik pada harga tertinggi pada hari itu tetapi tidak bertahan dan turun semula ke
paras real body.
Low (Rendah) - Harga terendah pada hari itu.
Lower Shadow - Bayang – bayang bawah itu menunjukkan harga turun pada harga terendah pada hari itu tetapi tidak kekal dan naik semula ke paras real body
Mari kita cuba membaca di atas graf sebenar.Lower Shadow - Bayang – bayang bawah itu menunjukkan harga turun pada harga terendah pada hari itu tetapi tidak kekal dan naik semula ke paras real body
Candlestick menunjukkan harga buka 1 unit saham pada hari
ini dibuka pada RM4.50. Turun sehingga paras harga terendah pada RM4.24. Naik pada paras tertinggi RM4.58 turun dan tutup pada RM4.29. Konklusinya adalah Saham ini turun dengan kadar 0.21sen
pada hari ini ( harga buka - harga tutup)
Ini adalah bacaan untuk saham di Bursa. Cara pembacaan
candlestick ini adalah sama di semua instrumen carta seperti saham luar negara seperti (Facebook, Goggle dll) / forex (USD, Euro dll) / cryptocurrency (Bitcoin, Ethereum dll) tetapi nilai bacaannya adalah berbeza mengikut instrumen.
Contoh carta Cryptocurrency
Graf Bitcoin / USD |
Carta menunjukkan 1 Bitcoin / USD
Buka - USD6943.1
Harga terendah - USD6753
Harga Tertinggi - USD8087
Tutup - USD7912
Bitcoin mengalami kenaikan pada hari ini pada 969 USD
Yang ditunjukkan diatas adalah 1 candlestick mewakili 1 hari. Anda boleh mengubah timeframe 1 candlestick kepada minit / jam / hari / minggu.
Yang ditunjukkan diatas adalah 1 candlestick mewakili 1 hari. Anda boleh mengubah timeframe 1 candlestick kepada minit / jam / hari / minggu.
Sekiranya anda mahu lebih penerangan ini, boleh ulangkaji di Youtube - Basic candlestick . Sekiranya anda ingin melihat graf - graf seperti ini dan melakukan kajian anda boleh melihat di laman web tradingview.com .
Saya sarankan anda mengulangkaji dan cuba - cuba membuka carta ini di laman web di atas untuk mendapatkan feel sebagai seorang trader.
Semoga artikel ini memberi pengetahuan serba sedikit kepada anda.
Terima kasih dan semoga berjaya.
Baca artikel lain mengenai Jenis - Jenis Chart dalam teknikal analisis
Baca artikel lain mengenai Jenis - Jenis Chart dalam teknikal analisis