Token Polymath: Bahagian 2 - Market Demon

Wednesday, May 23, 2018

Token Polymath: Bahagian 2

POLYMATH

Setelah kita mengetahui apa itu Polymath (rujuk artikel sebelum ini di sini), mari kita kenali siapa di belakang token ini, apa roadmap dan siapa pesaing mereka.

Kesemua pembayaran di atas rangkaian Polymath memerlukan token ERC20 iaitu POLY. Pembina (Issuer) boleh menghantar ganjaran dalam bentuk token POLY untuk menggalakkan Legal Delegates dan developers untuk memberi bidaan perkhidmatan. Semakin rumit security yang anda inginkan, semakin banyak token POLY yang perlu anda bayar. Developer menerima ganjaran POLY untuk setiap STO smart contract manakala legal delegate yang terpilih menyertai token terbaru itu juga akan menerima ganjaran POLY.

Penyedia perkhidmatan KYC (Know Your Customer) pula perlu membayar dalam POLY untuk menyertai rangkaian token itu. Namun, mereka akan menerima ganjaran dalam bentuk POLY juga bagi setiap 'verifying investor" yang mereka uruskan. Ini bermakna, pelabur yang ingin menyertai security token tersebut perlu membayar KYC dalam bentuk POLY token untuk mendapatkan perkhidmatan mereka

Berikut adalah ringkasan carta alir tentang bagaimana ia berhubung.


Team Polymath
Pasukan ini diketuai oleh Trevor Koverko, seorang veteran dalam bidang Silicon Valley dan juga cryptocurrency. Merupakan founder DAI, sebuah firma ekuiti swasta. Dikenali sebagai seorang yang bijak dalam membuat jangkaan sama ada sesebuah perniagaan atau pelaburan itu akan berjaya atau tidak. Mana tidaknya, beliau mula membeli BTC ketika harga masih USD20!!! dan ketika ETH masih bernilai 2000ETH bagi 1 BTC!!!.

Dia tidak berseorangan. Lebih 30 orang 'pembina' dan penasihat yang terlibat dengan Polymath.


Token Supply
Secara keseluruhannya, hanya akan terdapat 1 billion token POLY sahaja yang akan wujud. Setakat Januari 2018, peserta airdrop menerima sebanyak 240 juta token. Pada masa ini, Team Polymath berhasrat untuk menyimpan selebihnya untuk kegunaan masa depan. Jika anda terlepas peluang untuk memiliki POLY secara airdrop, anda masih boleh memilikinya secara trading di exchange.


Future Project dan Roadmap
Setelah platform Polymath dilancarkan, cabaran seterusnya adalah bagaimana untuk membawa masyarakat ke dalam ekosistem tersebut dan menerbitkan token security dengan standard ST20.

Kerjasama
Sudah tentu, kejayaan Polymath tidak boleh hadir dengan berseorangan. Ia juga memerlukan usahasama dengan firma-firma lain. Ini kerana, mereka harus mengumpulkan pihak legal delegate, KYC, developer, pembeli dan penjual dalam satu platform. Dengan itu, mereka bekerjasama dengan IdentityMind untuk membawa penyedia perkhidmatan KYC kedalam rangkaian mereka. Selepas itu, barulah mereka menerima ribuan identiti dalam airdrop POLY.

Selain itu, system identity digital SelfKey dan BnkToTheFuture, juga bekerjasama dengan KYC dan Polymath untuk membekalkan akreditasi kepada ribuan pelabur. Sebagai contoh, Polymath memberikan khidmat nasihat kepada tZERO mengenai ICO mereka dan berjaya meraih USD100mil lion hanya dalam 12 jam selepas ICO mereka dilancarkan. tZERO mensasarkan untuk membina exchange umtuk memberikan kecairan (liquidity) kepada pemegang security token yang sah. Pada tahun 2018, Corl Financial Technology, SeriesX dan Ethereum Capital telah berhasrat untuk mempunyai token security yang bakal dibina menggunakan platform Polymath.

Persaingan
tZERO juga sedang membangunkan exchange untuk security token berdaftar. Ia bukan merupakan satu saingan kepada Polymath, tetapi lebih kepada mewujudkan sinergi. Lebih ramai orang yang menceburkan diri dalam token sekuriti berdaftar ini, semakin bagus ia akan berkembang.

Pesaing utama Polymath adalah kaedah pendaftaran sekuriti secara tradisional melalui SEC.

Dimana dan Bagaimana?
Majoriti besar trading volume untuk POLY boleh didapati di Kucoin dan Idex. Anda boleh menggunakan MyEtherWallet untuk menyimpan token POLY anda. Hardware wallet lain yang boleh anda gunakan untuk menyimpan POLY adalah Ledger Nano S.

Rumusan
Secara idealnya, di dalam  platform Polymath, kesemua bentuk sekuriti merupakan programmable token. Hasilnya, segala bentuk perniagaan akan mempunyai capaian kepada capital selain pelabur juga akan mendapat akses secara telus kepada maklumat dan dapat mengelakkan scams. Pelopor Polymath telah mengenal pasti ketirisan dalam token security masa kini dan telah  menyediakan satu platform yang dijangka dapat memberikan alternatif terbaik kepada pelabur. Persoalannya, dapatkah mereka menarik pelabur dalam ekosistem ini?

Sumber: Coin Central