Tujuh Puluh Tahun Kesengsaraan dan Masih Tiada Keadilan Untuk Rakyat Palestin - Market Demon

Friday, June 1, 2018

Tujuh Puluh Tahun Kesengsaraan dan Masih Tiada Keadilan Untuk Rakyat Palestin

Related image
Bencana selama 70 tahun, dengan 700,000 rakyat Palestin yang dihalau keluar dari tanah air mereka kesannya ada yang maut dan dibunuh saban hari. Negara Israel dilahirkan pada 14 Mei 1948 dan banyak pertumpahan darah dalam proses menjadikan Israel sebuah negra yang sah tanpa menghiraukan kritikan dari negara lain di seluruh dunia.

Israel mahu menjadi sebuah negara majoriti Yahudi, rejim Zionis melakukan apa cara sekalipun demi matlamat mereka untuk mengusir rakyat Palestin ke arah kematian dan kesengsaraan.

Tentera Zionis telah mengambil lebih dari 78 peratus tanah di bumi Palestin dengan melakukan pembersihan etnik dan memusnahkan kira-kira 530 kampung dan bandar, dan membunuh kira-kira 15,000 penduduk Palestin dalam satu siri kekejaman besar-besaran dan ini termasuk lebih daripada 70 pembunuhan beramai-ramai.

Image result for palestin bermandikan darah

Sudah jelas bahawa Israel tidak mahu penyelesaian antara dua negara ini yang merupakan satu-satunya cara untuk membawa keadilan kepada rakyat Palestin dan keamanan ke bumi Timur Tengah. Rejim Zionis ingin mengekalkan status quo mereka supaya mereka dapat melupuskan tanah orang Arab bagi membina penempatan untuk orang Yahudi yang baru tiba dari Eropah.

Ia juga merupakan sebahagian daripada rancangan utama untuk membina sebuah Negara Israel yang lebih besar. Tapi bagi rakyat Palestin, cerita itu berbeza kerena mereka menggesa penyelesaian dua negara itu dilakukan secepat yang boleh. Sebabnya hampir 5 juta orang Palestin hidup di bawah kuasa ketenteraan rejim Zionis dengan hanya mendapat sedikit akses kepada makanan, perubatan atau sanitasi. Saban hari rakyat Palestin telah membayar dengan nyawa, tanah dan harta benda mereka untuk jenayah yang tidak mereka lakukan hanya kerana mempertahankan hak mereka sebagai penduduk di bumi Palestin.