Apakah itu Paradoks 'Jebons'? - Market Demon

Sunday, June 3, 2018

Apakah itu Paradoks 'Jebons'?

Apa itu Paradoks Jebon?

Pernahkah anda mendengar apa itu paradoks Jebon atau Jevon?

Jebon di alam nusantara tidak lebih hanyalah seperti seekor binatang yang bernama Malayan Weasel dan dipanggil Jebon di belah Utara Malaysia. Ia suka mencuri telur ayam dan sinonim sebagai suatu labelan masyarakat terhadap orang yang mencuri. Namun, kali ini ia bukan berkait binatang, tetapi lebih kepada satu teori ekonomi yang wujud di bawah subset mikroekonomi permintaan.

Image result for jebon

Paradok Jevon adalah satu pemerhatian yang mengatakan bahawa kecekapan tenaga yang ditambahbaik boleh meningkatkan penggunaan tenaga sekaligus menjadikan kos sesuatu aktiviti lebih murah dan lebih mudah skala dan dimanfaatkan.

Sebagai contoh klasik, pemerhatian penggunaan arang di England melonjak setelah pengenalan penambahbaikan kecekapan enjin stim yang dinamakan enjin Watt stim sehinggalah terjadi krisis Railway Mania.

Contoh moden adalah seperti pengembaraan dan pelancongan angkasa lepas. Buat masa ini, ianya adalah suatu yang mahal kerana penggunaan tenaga adalah suatu yang mahal. Maka tidak hairanlah, Elon Musk; seorang pengusaha Tesla melihat peluang ini untuk menjadikan tenaga alternatif sebagai penyumbang sektor masa depan ini.

Paradoks Jevon tidak boleh dianggap peraturan umum kerana secara tipikal penggunaan tenaga di rumah kebanyakannya tidak dihiraukan oleh pengguna. Corak penggunaan tenaga di rumah tidak banyak berubah kerana masyarakat mengambil manfaat sebagai contoh menonton televisyen lebih lama kerana teleh membeli televisyen yang mempunyai 5 bintang simbol kecekapan tenaga.

Image result for 5 star rating suruhanjaya tenaga

Selain itu, masalah pencemaran alam sekitar oleh Paradoks Jevon boleh diselesaikan melalui strategi meningkatkan cukai alam sekitar (ecotax) sesuatu aktiviti apabila ia menjadi murah. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesedaran penggunaan alat yang cekap tenaga dengan lebih efisen.


Begitulah teknologi blockchain akhir-akhir ini dengan kehadiran Teknologi Lightning Network yang mampu menerendahkan harga caj fi dan pelbagai lagi inisiatif yang akan terus merancak dunia blockchain.

P.Ramlee dan Jebon


Soroti istilah Jebon yang digunakan dalam filem P.Ramlee walaupun ia tidaklah berkaitan dengan Paradoks Jevon.







Shafiq Neurotrader untuk Market Demon

Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com

Ingin dapatkan kemaskini lebih pantas di peranti pintar anda? Ikuti salah satu media sosial kami di bawah:

Twitter : https://twitter.com/market_demon
Telegram : https://t.me/market_demon
Facebook : https://www.facebook.com/marketdemonofficial