Data terkini dari Japan's Financial Services Authority menunjukkan minat besar dalam cryptocurrency, dengan 3.5 juta crypto traders aktif di Negara Matahari Terbit ini. Tinjauan yang dilakukan ke atas 17 crypto exchange yang berpangkalan di Jepun menunjukkan bahawa cryptocurrency yang paling banyak didagangkan adalah BTC, ETH, XRP, BCH, dan LTC. Kebanyakan crypto traders berusia antara 20 hingga 40 tahun, dengan 34% daripada kumpulan ini adalah berusia 30-an.
Dagangan tahunan Bitcoin meningkat dari $22 juta pada tahun 2014 kepada $97 bilion pada tahun 2017. Industri perdagangan yang berkembang pesat mungkin disebabkan Jepun mengambil pendekatan positif terhadap peraturan ICOs, di mana China dan Korea Selatan memilih untuk mengharamkan ICOs sepenuhnya.
Jepun mengumumkan pada awal bulan ini bahawa kumpulan penyelidikan yang disokong oleh kerajaan sedang menjalankan garis panduan peraturan yang akan memberikan kelulusan pengawalseliaan kepada ICOs. Garis panduan ini termasuk pengenalpastian pelabur untuk mengelakkan terjadinya pengubahan wang haram yang menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Garis panduan ini juga akan meliputi langkah-langkah meningkatkan keselamatan siber untuk mengelakkan berlaku penipuan dan insider trading.
Dengan jumlah wang yang besar bertukar tangan, ICO terdedah kepada penipuan dan eksploitasi. Usaha yang diambil Jepun sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada perkembangan cryptocurrency. Jepun kini secara rasmi menjadi pasaran dagangan Bitcoin terbesar dunia.