Peranan Blockchain Dalam Industri Gaming - Market Demon

Wednesday, April 18, 2018

Peranan Blockchain Dalam Industri Gaming


Walaupun blockchain semakin mendapat tempat dalam industri gaming, tetapi kebanyakan projek masih diperingkat konsep berbanding penyelesaian yang nyata. Ini boleh diterima memandangkan teknologi blockchain agak baru dan saya yakin bahawa blockchain bakal mengubah landskap industri ini, yang dikenali dengan penerimaan dan inovasi yang pantas.

Apa yang anda dapat lihat dalam kebanyakan projek blockchain berasaskan gaming adalah roadmap dan perancangan bagaimana blockchain boleh dilaksanakan dalam industri gaming. Dari segi actual use, tidak banyak syarikat yang dapat mempamerkan produk sebenar yang berdaya maju. Kebanyakan projek masih diperingkat pembangunan.

Selama beberapa dekad, terdapat sebilangan big players yang mendominasi pasaran, membayangi developers indie yang berusaha untuk bersaing dengan mereka. Berada di barisan hadapan dalam industri IT, syarikat gaming sentiasa menjadi antara yang terawal mengadaptasi teknologi baru. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku perubahan dalam model perniagaan dan kewangan.


Dari Free-To-Play Ke Pay-To-Win
Penghujung tahun 2000-an menyaksikan perkembangan model 'free-to-play,' yang membawa lebih ramai publishers arus perdana untuk berpindah dari model tradisional berasaskan langganan. Membuat permainan percuma hingga ke tahap tertentu bermakna publishers perlu bergantung pada 'in-game purchases' untuk meraih pendapatan. Ini telah terbukti sukar, dan dalam beberapa tahun yang lalu terdapat kes-kes syarikat terkemuka yang dikritik kerana lebih mengutamakan belanjawan mereka berbanding pengguna. Inilah puncanya tercipta istilah 'pay-to-win.'

Ramai gamers mengadu, satu-satunya cara untuk menang dalam permainan tertentu adalah dengan membeli items yang tidak dimiliki oleh gamers lain. Ini bermakna, kejayaan atau kemenangan dalam sesetengah permainan bergantung pada jumlah wang yang anda sanggup belanjakan, bukan pada tahap kemahiran anda.

Faktor lain yang mengubah industri gaming adalah popularisasi eSports. Segmen yang semakin berkembang ini telah menjana berjuta-juta pendapatan. Memandangkan keuntungan dan popularitinya terus bertambah, jelas bahawa ini hanya permulaan. Di sinilah teknologi blockchain dapat memainkan peranan utama.

Dengan menggunakan blockchain, developers akan dapat memperkenalkan gameplay yang lebih kompetitif pada setiap platform. Penggunaan blockchain bermakna lebih ramai players dapat mengambil bahagian dan bersaing, bukan hanya beberapa orang yang terpilih seperti yang berlaku saat ini dalam acara eSports.

Dalam hal ini, blockchain menawarkan keselamatan, ketelusan dan proses transaksi yang lebih mudah dengan menghapuskan entiti pihak ketiga. Lebih-lebih lagi, pengenalan gameplay yang kompetitif akan mewujudkan komuniti eSports yang lebih besar. Agar blockchain dapat terus berkembang dan digunakan secara meluas, lebih banyak syarikat diperlukan untuk menyokong teknologi ini. Antara yang mempelopori industri blockchain berasaskan gaming adalah GameCredits.


GameCredits
GameCredits percaya bahawa industri gaming boleh ditambahbaik lagi untuk publishers, developers, gamers dan profesional eSports melalui penggunaan cryptocurrency. GameCredits merupakan syarikat multicultural antarabangsa yang ingin mengubah industri gaming dengan cryptocurrency GameCredits (GAME) dan produk permainan berasaskan blockchain.

GameCredits Inc. mula ditubuhkan pada tahun 2016 di Belgrade, Serbia. Visi utama mereka adalah mengubah industri gaming dengan menyatukan semua pihak di bawah satu ekosistem tunggal. GameCredits percaya bahawa gaming boleh menjadikan kita manusia yang lebih baik, sama ada dengan menjadikan gaming sebagai medium mengurangkan stress, sukan yang kompetitif atau alat pembelajaran.