Kategori Cryptocurrency - Market Demon

Wednesday, April 18, 2018

Kategori Cryptocurrency



Apa yang terlintas dalam fikiran anda apabila mendengar perkataan Cryptocurrency?. Perkataan seperti matawang digital, Bitcoin, mining (melombong), decentralized dan bermacam-macam istilah lain pasti terbayang di minda.

Jika anda cuma menganggap cryptocurrency sebagai store of value (penyimpanan nilai) atau medium of exchange (medium pertukaran nilai) sahaja, ia tidak cukup untuk menggambarkan keseluruhan potensi cryptocurrency ini.

Kami akan cuba memberikan penerangan ringkas dan harap ia dapat membantu anda memahami dunia sebenar di sebalik cryptocurrency ini!

Secara umumnya, cryptocurrency boleh dipecahkan kepada beberapa kategori:

1. Matawang (“Currency”) 


Ini merupakan kategori utama dan paling popular dalam cryptocurrency. Sebagai contoh, Bitcoin. Ia berfungsi sebagai store of value, medium of exchange, dan mempunyai unit matawang. Masih keliru? Dalam bahasa mudah, ia amat menyerupai matawang fiat seperti USD, EUR, MYR dan sebagainya. Namun, Bitcoin sedikit berbeza daripada matawang fiat. Dari segi jumlah keseluruhan Bitcoin yang ada, ianya terhad kepada 21juta BTC untuk seluruh dunia manakala pengeluaran matawang fiat boleh bertambah bergantung kepada keperluan dan keputusan bank pusat.


2. Utiliti


Cryptocurrency yang berkonsepkan utiliti membuka dimensi baru. Cryptocurrency kategori ini boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan infrastruktur digital. Ethereum sebagai contoh, menyediakan platform yang membolehkan developer untuk melaksanakan smart contract (kod yang membolehkan transaksi dilakukan tanpa pihak ketiga atau orang tengah) bagi sesuatu coin yang dibina berkonsepkan aplikasi decentralized. Ini membolehkan developer untuk wujud dalam pasaran, menyimpan rekod pinjaman atau gadaian, memindahkan dana dari satu pihak kepada pihak lain tanpa orang tengah atau pihak ketiga.


3. App/Platform


Kategori terakhir ini adalah cryptocurrency yang berasaskan apps atau platform dan ia dibina di atas utiliti cryptocurrency (rujuk point 2) seperti Ethereum. Contoh cryptocurrency dalam kategori ini adalah Augur. Ia merupakan satu "decentralized prediction market" yang dibina di atas platform Ethereum. Melalui platformnya, pengguna boleh membida sesuatu (contohnya, pasukan mana yang akan memenangi sesuau perlawanan bola sepak) bahkan boleh mengundi seseorang sebagai Presiden atau Perdana Menteri! Menarik bukan?

Contoh lain adalah projek Ox yang turut dibina di atas platform yang sama (Ethereum). Projek Ox adalah medium pertukaran kepada apa juga bentuk coin.

Kesimpulan

Penting bagi anda untuk memahami cryptocurrency dalam konteks yang betul bagi mengelakkan salah faham dan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi di sebalik cryptocurrency ini akan terus wujud malah inovasi yang sedang dan akan berlaku berteraskan scalability, decentralized serta privasi ini yang pasti akan mengujakan anda.


Teruskan bersama kami di Market Demon untuk info dan perkembangan terkini cryptocurrency.