Tim Cook Meraih Bonus Sebanyak $12 juta Untuk Tahun 2018 - Market Demon

Thursday, January 10, 2019

Tim Cook Meraih Bonus Sebanyak $12 juta Untuk Tahun 2018

CEO Apple, Tim Cook ketika melancarkan telefon pintar terbaru
CEO Apple, Tim Cook meraih bonus terbesar sepanjang kariernya sebagai CEO untuk tahun 2018 selepas Apple mencatat hasil dan keuntungan yang tinggi dan mencipta rekod apabila nilai pasaran saham mencapai angka $1 bilion.

Cook menerima bonus sebanyak $12 juta pada 29 September 2018. Jumlah itu menyamai sebanyak $33,000 sehari. Beliau juga menerima $3 juta sebagai gaji dan saham yang mempunyai nilai $121 juta hasil daripada anugerah saham selama 10 tahun berturut-turut. Tidak cukup dengan itu, beliau juga membawa pulang perkuisit bernilai $628,000.

Happy days: Tim Cook made $190 million last year.
Tim Cook meraih sejumlah $190 juta pada tahun 2018
Bonus yang diterima Cook adalah berkait dengan pendapatan dan target jumlah jualan di mana kedua-duanya meningkat sebanyak 16% berbanding tahun sebelumnya. 

Beliau tidak menafikan bahawa prestasi mungkin akan lebih mencabar pada tahun 2019. Pada hujung tahun 2018, Apple mendedahkan permintaan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan untuk iPhone di China dan di tempat lain sekaligus gagal mencapai ramalan pendapatan untuk pertama kalinya dalam masa dua dekad. Pengumuman itu mengakibatkan kejatuhan nilai saham Apple sebanyak 12%.

Empat lagi eksekutif Apple Inc menerima bonus sebanyak $4 juta, seterusnya meraih jumlah bayaran sebanyak $26.5 juta seorang, ini termasuk gaji dan hadiah berbentuk saham. Nilai yang diterima daripada ekuiti adalah kerana mereka berjaya mencapai target pulangan saham.


Bonus yang diterima Cook tahun 2014-2018




No comments: