Tinjauan : Lelaki Menghabiskan Wang Lebih Banyak Berbanding Wanita Pada Hari Valentine - Market Demon

Thursday, February 7, 2019

Tinjauan : Lelaki Menghabiskan Wang Lebih Banyak Berbanding Wanita Pada Hari Valentine


Hari Valentine boleh mencipta kenangan manis dalam hubungan romantis, tetapi biasanya ia melibatkan kos. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Bankrate.com, sebanyak 69% rakyat Amerika Syarikat merancang untuk membelanjakan wang sempena menyambut hari Valentine.

Kaji selidik ini dijalankan pada bulan lalu dan melibatkan 1,019 orang responden. Purata perbelanjaan ialah $200. Tidak semua orang mempunyai anggaran yang sama. Perbelanjaan berbeza-beza bergantung pada jantina, kumpulan usia dan lokasi.

Kajian mencadangkan bahawa lelaki cenderung berbelanja lebih tinggi pada hari Valentine. Secara purata, lelaki merancang untuk membelanjakan sebanyak $339 pada pasangan mereka dan mengharapkan pasangan mereka menghabiskan sebanyak $211 pada mereka. Manakala wanita mengatakan mereka akan menghabiskan hanya $64 dan mengharapkan $154 dari pasangan mereka.

Usia & Status

Dalam kaji selidik Bankrate, golongan milennial (lingkungan usia 23-29 tahun) kebanyakannya berkemungkinan akan membelanjakan wang dan mengharapkan pasangan mereka melakukan perkara yang sama. Puratanya ialah $266. Penganalisis Bankrate, Kelly Anne Smith, mengatakan golongan milinnial lebih cenderung mengikut trend dan selebriti di laman sosial. 

Mereka biasanya memiliki tanggungjawab dan komitmen kewangan yang lebih rendah berbanding generasi yang lebih tua. Tabiat berbelanja pada hari Valentine juga berbeza berdasarkan tahap hubungan dan lokasi. Pasangan bercinta berbelanja lebih tinggi pada hari Valentine berbanding mereka yang sudah berkahwin.

"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person."

Ikuti kami di Twitter Market Demon

No comments: