Amaran Dari Bank of England Tentang Brexit - Market Demon

Thursday, February 7, 2019

Amaran Dari Bank of England Tentang Brexit


Gabenor Bank of England (GBP), Mark Carney, hari ini memberi amaran bahawa Brexit mewujudkan satu siri ketegangan dalam ekonomi United Kingdom (UK), menyebabkan ketidaktentuan jangka pendek dalam data ekonomi, perbelanjaan perniagaan dan perbelanjaan pengguna. Bercakap dalam sidang akhbar di London, Carney menambah bahawa ekonomi UK secara keseluruhan belum bersedia untuk "no-deal Brexit."

Apa Itu No-Deal Brexit

No-deal Brexit bermaksud UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah dengan segera pada 29 Mac 2019 dan tidak akan ada perjanjian mengenai hubungan mereka pada masa akan datang. No-deal Brexit boleh menyebabkan beberapa perkara terjadi. Sebagai contoh :

  • Pemeriksaan sempadan diperkenalkan semula.
  • Pengangkutan dan perdagangan antara UK dan EU boleh terjejas teruk.
  • Warga UK tidak boleh memandu di negara-negara EU tanpa permit memandu khas.

Kesan UK meninggalkan EU tanpa kesepakatan

Walaupun banyak syarikat melancarkan perancangan kontigensi mereka, ekonomi keseluruhannya masih belum bersedia. Menurut Carney lagi, apa-apa perubahan dalam Pound Sterling (GBP) boleh mempengaruhi inflasi. Komen-komen beliau menyusul selepas BOE mengekalkan kadar faedah dalam mesyuarat hari ini. Dengan hanya tinggal 50 hari lagi sebelum tarikh akhir UK meninggalkan EU, ekonomi menunjukkan tanda-tanda perlahan kerana ketidakpastian menyebabkan banyak syarikat menolak keputusan pelaburan. 

Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon 

No comments: