Castle In The Air Theory - Market Demon

Thursday, March 8, 2018

Castle In The Air Theory



The Castle In The Air Theory

Dari segi bahasa, Castle In The Air bermaksud harapan atau perancangan yang mustahil atau tidak realistik untuk dicapai. The Castle In The Air Theory memberi tumpuan pada nilai-nilai fizik. John Maynard Keynes, seorang ahli ekonomi terkenal dan pelabur berjaya memperkenalkan teori ini pada tahun 1936. Beliau berpendapat bahawa pelabur profesional tidak memberi tumpuan pada nilai-nilai intrinsik tetapi menganalisis tingkah laku kebanyakan pelabur dan bagaimana sepanjang tempoh optimisme (euphoria) mereka cenderung untuk mengharapkan sesuatu yang mustahil (Castle In The Air).

Pelabur yang berjaya cuba menjangkakan situasi pelaburan yang paling mudah terdedah dengan "public castle building" dan kemudian membeli sebelum orang ramai membelinya. Menurut Keynes, tiada siapa tahu apa yang akan mempengaruhi fundamental pada masa hadapan. Kebanyakan orang terlalu memberi tumpuan pada perubahan dalam asas penilaian konvensional (analisis fundamental). Keynes lebih cenderung menggunakan psychological principles berbanding financial evaluation dalam mengkaji pasaran.

Sesuatu pelaburan itu bernilai kepada seseorang pembeli kerana dia mengharapkan akan menjualnya semula kepada orang lain pada harga yang lebih tinggi. Pembeli baru pula menjangkakan pembeli seterusnya (pada masa hadapan) akan memberikan nilai yang lebih tinggi. Dalam dunia seperti ini, sentiasa ada dumb money/trader yang lahir setiap minit dan kehadiran mereka hanya untuk membeli pelaburan anda pada higher price.

Apa yang smart player perlu lakukan adalah masuk ke dalam pasaran terlebih dahulu (undervalue). Tidak salah untuk membeli sesuatu yang nilainya sekarang 3 kali lebih mahal jika ia benar-benar bernilai dan selagi ada yang akan membelinya semula dengan nilai 5 kali lebih mahal. Castle In The Air Theory, juga dikenali sebagai analisis teknikal. Berdasarkan Castle In The Air Theory, nilai instrinsic adalah tidak penting. Apa yang penting adalah trend semasa. Selagi anda buy low dan boleh mencari dumb player, anda akan dapat sell high pada waktu yang tepat, seterusnya memperoleh keuntungan.

Apabila semua pelabur menggunakan pendekatan Castle In The Air, akan terjadi bubble dan diikuti oleh crash. Contoh klasik adalah ledakan internet pada akhir tahun 1990-an, diikuti kejatuhan pasaran pada tahun 2000 dan 2001. Isu sebenar pendekatan Castle In The Air ialah terperangkap di pucuk pasaran (euphoria/late in the game) saat orang sudah mula melakukan jualan dan tiada lagi keinginan untuk melakukan pembelian.

Adam Smith dalam The Money Game mempunyai pandangan yang sama. Behavioral Theories turut menekankan aspek crowd psychology. Begitu juga dengan Oskar Morgenstern dalam Theory of Games & Economic Behavior.

Castle In The Air Theory vs Behavioral Theory

Ringkasnya, Castle In The Air Theory adalah kepercayaan bagaimana harga pasaran itu ditentukan, sama ada oleh hype, spekulasi dan bukan berdasarkan faktor-faktor fundamental. Behavioral Theory pula bertujuan untuk memahami bagaimana dan mengapa disebalik setiap tindakan investor.  



Res tantum valet quantum vendi potest.
(A thing is worth only what someone else will pay for it.)