Govtech
Kerajaan Israel mempromosikan polisi kerajaan terbuka dengan pemahaman bahawa inovasi terkini dalam komunikasi dan teknologi maklumat dapat memberi peningkatan yang signifikan dalam demokrasi berparlimen. Pendekatan ini memupuk proses membuat keputusan dasar, memperbaiki perkhidmatan kerajaan dan berpotensi untuk menguatkan kepercayaan antara rakyat dan kerajaan. The Israeli Blockchain Association menjadi jambatan hubungan antara semua pihak dalam industri blockchain.
Syarikat startup blockchain, CoaliChain, sedang merancang platform politik interaktif yang mempromosikan polisi kerajaan terbuka dan menyingkirkan jurang komunikasi antara rakyat dan kerajaan. Platform ini menghasilkan heat maps dan graf yang menyampaikan kepentingan rakyat, membolehkan ahli-ahli politik bertindak balas secara tepat kepada pertanyaan mereka.
Sistem ini juga menggunakan smart contracts untuk menguatkuasakan komitmen kempen yang dibuat oleh ahli politik seperti cadangan belanjawan dan polisi. Pelancaran versi beta dijadualkan pada Q1 2018. Versi penuh dan aplikasi bersepadu blockchain akan dikeluarkan pada penghujung tahun 2018.
Di Columbia, Democracy Earth Foundation melancarkan Plebiscito Digital, platform pengundian digital berasaskan blockchain. Menerusi platform ini, rakyat Columbia yang berada di luar negara juga boleh memberikan undi. Sierra Leone tidak ketinggalan.
HighTech - drone & blockchain
Israel menduduki tangga ke-10 dunia sebagai negara paling inovatif. Ini kerana mereka mempunyai peratusan tertinggi bilangan jurutera dan saintis dalam tenaga kerja. Israel juga memiliki banyak syarikat tech-startup yang menghasilkan teknologi canggih.
Peningkatan teknologi yang didorong oleh industri elektronik telefon pintar telah mempercepatkan penggunaan Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) dalam aplikasi komersil. Drone pada awalnya dicipta untuk satu tujuan iaitu mencapai dan melintasi kawasan di mana manusia sukar untuk bergerak. Lama kelamaan, kegunaan drone berkembang kepada aplikasi ketenteraan. Sebagai contoh drone pengintip milik Iran yang ditembak jatuh oleh Israel di Syria. Pada hari ini, drone mula digunakan untuk pelbagai tujuan lain termasuk pemeriksaan, kaji selidik, pengawasan, keselamatan, penghantaran dan akses internet tanpa wayar.
UAV Israel, Super Heron |
Israel adalah pengeksport drone terkemuka, Airobotics, syarikat yang berpangkalan di Petah Tikva, Israel, adalah syarikat pertama di dunia yang mendapat kebenaran daripada Civil Aviation Authority of Israel (CAAI) untuk penerbangan komersil di ruang udara negara mereka.
Untuk mengesan dan mengamankan penerbangan dan penghantaran, syarikat startup Applied Blockchain yang diasaskan oleh Adi Ben-Ari membangunkan Blockchain Drone Registry. Blockchain menyatukan pengendali drone, pengilang dan pihak berkuasa bersama. Data laluan penerbangan drone boleh dimuatnaik ke dalam ledger. Data ini boleh digunakan untuk memastikan keselamatan ruang udara.
Cryptocurrency & Fintech
Memandangkan Israel memiliki pasaran ekonomi yang maju secara teknologi, mereka telah menyertai beberapa negara lain yang sedang merancang untuk melancarkan cryptocurrency sendiri. Cryptocurrency buat masa sekarang dikelaskan sebagai aset oleh bank pusat Israel, Bank of Israel (BOI). Kementerian Kewangan Israel dan BOI bersama-sama mempromosikan "state-backed cryptocurrency" dengan tujuan untuk meminimumkan risiko korupsi, pengubahan wang haram dan kesalahan pengelakan cukai.
Fintech Israel |
Israel adalah sebuah negara startup Fintech yang sedang mengembangkan teknologi blockchain. Walaupun pada masa ini tiada peraturan Initial Coin Offering (ICOs), Israeli Securities Authority (ISA) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang ditugaskan untuk menilai keperluan peraturan ICOs di Israel.
Percukaian Cryptocurrency
Israel Tax Authority telah mengklasifikasikan cryptocurrency sebagai aset (Tax Circular 5/2018), dan oleh itu cryptocurrency boleh dikenakan cukai. Sekiranya cryptocurrency disimpan sebagai capital asset (pelaburan), maka keuntungan dari simpanan itu akan dikelaskan sebagai keuntungan modal (capital gain) dan cukai akan dikenakan pada kadar :
- 46% (23% cukai keuntungan modal, 30% cukai dividen) untuk badan korporat
- 25% untuk individu.
Sekiranya keuntungan daripada penjualan cryptocurrency dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan, seperti perlombongan, individu akan dikenakan cukai pada kadar progresif yang boleh mencapai sehingga 47% dan syarikat pada 46%. Pelabur asing boleh dikecualikan cukai berdasarkan perjanjian cukai. Sekiranya tidak ada pengecualian cukai, mereka akan dikenakan cukai sebagai syarikat Israel atau individu Israel.