Black Monday 1987 - Market Demon

Sunday, March 4, 2018

Black Monday 1987



Sebelum tragedi Black Monday bermula pada 19 Oktober 1987, pasaran saham telah mengalami kenaikan yang mendadak. Bull Market bermula pada Ogos 1982. Momentum kenaikan pasaran saham didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang cepat dan kebanjiran institutional investors baru yang mana meningkatkan permintaan untuk saham.

Walaupun interest rate ketika itu agak tinggi (Fed Fund Rate bersamaan 7.5%), telah berlaku banyak penurunan sebelumnya (sekitar 19%). Berbanding pada tahun 1970, inflasi sebenarnya rendah.

Pada tahun 1987, sesuatu telah berubah. Interest rate mula dinaikan. Keraguan mengenai perkembangan ekonomi mula berleluasa. Trade deficit di Amerika Syarikat yang semakin meningkat dan penurunan nilai Dollar telah menimbulkan kebimbangan mengenai inflasi dan interest rates. Ketidakpastian semakin meningkat.

Pada 14 Oktober, pasaran saham telah mula jatuh. Ia pertama kali didorong oleh khabar angin mengenai penghapusan cukai dan pengumumam bahawa trade deficit jauh melebihi jangkaan pada bulan Ogos. Nilai Dollar terus menurun. Pada hari Khamis, kemerosotan dalam pasaran saham berterusan. Para institutional investors semakin cemas dan mula memindahkan dana dari stock ke bon.

Pada hari Jumaat, berlaku penurunan mendadak dalam pasaran saham. Insitutional investors mula mencari tempat perlindungan dengan menjual future contract. Jualan besar-besaran futures contracts mencetuskan percanggahan harga antara nilai indeks saham di pasaran niaga hadapan dan New York Stock Exchange (NYSE). S&P 500 ditutup rendah, berlaku penurunan sebanyak 9% yang merupakan salah satu penurunan terburuk pada waktu itu.

19 Oktober, jualan besar-besaran telah menekan harga dari naik ketika NYSE dibuka. Ini menyebabkan berlaku delay ketika pembukaan pasaran untuk satu jam yang pertama, menjadikan NYSE buntu. Pasaran niaga hadapan pula dibuka rendah dengan gap yang besar.

Apabila saham dibuka, harga jatuh dengan segera. Index arbitragers mendapati bahawa mereka telah menjual saham di bawah jangkaan mereka dan cuba menutup position mereka dengan membeli di pasaran niaga hadapan. Ini disebabkan pemulihan sementara harga menimbulkan kekeliruan di kalangan traders. Selepas pasaran ditutup, S&P 500 kehilangan nilai sekitar 20%.

Sebelum pasaran dibuka pada 20 Oktober, bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve (Fed) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menjadi sumber liquidity untuk menyokong sistem ekonomi dan kewangan.

Sekitar 7% saham ditutup dari didagangkan. Syarikat-syarikat mula mengumumkan program pembelian semula saham pada hari Isnin, tetapi masih gagal untuk memberi kesan pada pasaran saham. 

Pasaran saham telah meningkat lebih tinggi selama beberapa tahun dan interest rates telah diturunkan untuk tempoh masa yang panjang. Nilai Dollar telah jatuh, US trade balance menjadi negatif, dan jangkaan inflasi meningkat. Keuntungan korporat juga pulih dari kejatuhan sebelumnya, kesemua ini berlaku sebelum Black Monday 1987.

Kejatuhan pasaran saham dalam peristiwa yang dikenali sebagai The Black Monday itu merupakan kejatuhan yang paling besar, malah lebih besar dari bencana ekonomi 1929, sebelum The Great Depression.

Apa faktor kejatuhan pasaran saham pada tahun 1987?

1. Ketegangan di Teluk Parsi.
2. Peningkatan interest rate.
3. Lima tahun bull market tanpa correction yang ketara.
4. Program trading mempercepatkan penjualan.

Panik, apabila emosi mengambil alih, keputusan dagangan tidak lagi diambil secara teratur, ketika itulah lahirnya Black Monday. Bolehkah ia terjadi sekali lagi? Secara teorinya ya. Tapi mungkin tidak akan jatuh mendadak dalam tempoh masa yang singkat seperti yang berlaku sebelum itu.

Selepas Black Monday, NYSE mula memasang circuit breakers yang direka untuk menghentikan dagangan apabila saham jatuh terlalu jauh dan terlalu cepat. Tujuannya bagi mengelakkan dari terjadinya panik dan memberi investor ruang untuk bertenang.

Hari ini, sekiranya saham jatuh lebih dari 7%, dagangan akan dihentikan selama 15 minit. Penurunan sebanyak 20% akan menutup dagangan untuk sepanjang hari.

Selepas kejatuhan pada tahun 1987, urusniaga pasaran diselaraskan diseluruh dunia. Tetapi, dari Black Monday datangnya bull market terkuat dalam sejarah Amerika Syarikat. Selepas 30 tahun berlalu, indeks Dow meneruskan kenaikan sekitar 1,555%.