Pasaran ibarat satu permainan. Jika anda tidak tahu cara untuk bermain, anda akan dipermainkan. Kenapa ada orang boleh buat keuntungan berlipat ganda tanpa bersusah payah memantau pasaran 24 jam, sementara orang lain setiap hari mata tidak lekang dari chart dan news tapi hanya mampu membuat keuntungan dalam jumlah yang kecil? Lebih malang lagi ada yang kerugian.
Semuanya berakar kepada ilmu dan maklumat.
Ramai orang bermula sebagai pemain pasaran dengan memberi keutamaan kepada keuntungan dan mengabaikan ilmu dan maklumat. Saya kenal beberapa orang yang sudah menghabiskan masa selama berbelas tahun sebagai pemain pasaran tapi masih gagal. Saya harap anda tidak akan menjadi seperti mereka.
Anda harus bijak untuk memahami bahawa setiap sen yang telah anda hilang di dalam pasaran ini hanya menyumbang keuntungan kepada orang lain, iaitu expert trader. Dengan terus berdagang seperti amatur, apa yang anda lakukan hanyalah memperkayakan orang lain yang sepuluh kali lebih cekap daripada anda. Ilmu dan maklumat adalah kunci yang membuka pintu gerbang untuk keuntungan. Sama ada anda berdagang sejajar dengan aliran semulajadi pasaran atau anda berdagang menentang arus.
Jika anda perhatikan, pemain pasaran yang membuat wang yang banyak dalam pasaran hanya bergaul dalam circle mereka. Kita selalu mendengar bahawa Bitcoin dan cryptocurrencies telah mengubah nasib ramai orang menjadi kaya tetapi hakikat yang berjaya hanya golongan minoriti. Majoriti hanya di tahap biasa atau loser. Golongan majoriti biasanya mempunyai circle mereka sendiri dan mereka berkongsi maklumat dan kefahaman yang salah sesama mereka. Sebagai contoh seperti yang dijelaskan dalam artikel Buy & HODL. Ramai yang HODL tidak kena pada waktu kerana terpengaruh dengan nasihat yang mereka perolehi dalam circle mereka.
Teknologi disebalik blockchain dan cryptocurrency sangat menarik dan mungkin boleh mengubah dunia dalam jangka masa panjang tetapi sebagai traders, kita tidak boleh peduli tentang teknologi ini sahaja. Sebagai pemain pasaran, kita berada dalam industri ini kerana satu sebab sahaja, untuk membuat keuntungan. Memahami bagaimana blockchain dibangunkan tidak cukup untuk menjadikan anda seorang profitable trader.
Untuk membuat keuntungan, anda perlu tahu ilmu dan maklumat apa yang anda perlu beri keutamaan. Ada orang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk mendapatkan maklumat tetapi sayang, maklumat tersebut tidak boleh digunakan untuk memahami pasaran dan membuat keuntungan di dalam pasaran.
Menjadi profitable trader bermakna anda secara konsisten dapat membeli sesuatu ketika ia undervalue dan menjualnya ketika ia overvalue. Semua orang tahu buy low sell high namun begitu ramai orang mendapati tugas yang mudah ini adalah sangat sukar untuk diterjemahkan apabila berdepan real situation. Ya, teori tidak semudah praktikal. Semua orang boleh hafal dan muntahkan balik berjuta-juta teori, tapi apabila mereka cuba laksanakan teori itu semula, mereka gagal.
Setiap pergerakan harga dalam pasaran adalah hasil langsung dari manipulasi, sama ada anda seorang manipulator atau sebahagian dari mangsa manipulasi. Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon dan channel Telegram Market Demon.