BNM: Kertas Konsep Mengenai Mata Wang Digital Akan Dimuktamadkan Bulan Ini - Market Demon

Monday, February 12, 2018

BNM: Kertas Konsep Mengenai Mata Wang Digital Akan Dimuktamadkan Bulan Ini



Satu kertas konsep mengenai mata wang digital akan dimuktamadkan pada bulan ini dan akan disediakan untuk orang ramai untuk membuat keputusan mengenai masa depan mata wang ini, kata Gabenor malaysia Muhammad Ibrahim.

Pada dasarnya, kita akan mempromosikan mata wang digital, ini termasuk Bitcoin, Ethereum dan Ripple dengan menggunakan, metodologi serta orang di belakang yang menggerakkan dasar mata wang digital ini lebih telus.
Mudah-mudahan, dengan melakukan ini, orang ramai boleh membuat nilaian sama ada mahu melabur dalam mata wang digital ini ataupun tidak

Beliau berkata Malaysia mengambil langkah yang berbeza tidak seperti beberapa negara yang memutuskan untuk melarangnya.

Kami tidak akan mengharamkannya buat masa sekarang, tetapi kami akan membiarkan pasaran memutuskan masa depan mata wang digital ini. Perkara utama ialah mereka mesti tahu potensi yang ada pada mata wang digital ini. Tambahannya lagi,  BNM masih tidak mengiktiraf mata wang digital sebagai pegganti wang fiat buat masa sekarang.

Menteri Kewangan Kedua Johari Abdul Ghani Beliau telah melaporkan Malaysia tidak akan mengenakan larangan pada perdagangan mata wang digital (Cryptocurrency Trading) kerana banyak penduduk setempat menggangap ia sebagai kelas aset pelaburan baru dan minat yang semakin meningkat pada mata wang digital ini yang bebas dari peraturan.

Beliau berkata melarang mata wang digital hanya akan membantutkan inovasi dalam sektor kewangan, terutamanya teknologi kewangan, atau "fintech". Sehingga September 2017, terdapat lebih daripada 1,100 mata wang digital yang wujud.

Mata wang digital biasanya digunakan di luar institusi perbankan dan kerajaan yang sedia ada dan ditukar melalui Internet.

Gabenor juga berkata berdasarkan data, ramai orang yang berumur antara 35 dan 45 tahun, diisytiharkan muflis disebabkan kegagalan membayar kad kredit.

Kumpulan ini baru mula memiliki keluarga, membeli rumah, kereta dan menghantar anak mereka ke sekolah.

Dengan menyatakan ini, orang perlu hidup dengan cara mereka sendiri. Tidak syak lagi bahawa kos sara hidup adalah tinggi tetapi kos gaya hidup juga adalah salah satu benda yang penting

Muhammad berkata beliau bimbang terhadap harga rumah mampu milik sekarang ini mula membebankan rakyat, terutama mereka yang berada dalam kategori Bawah 40% (B40).

Jika gaji anda adalah RM3,000, anda hanya mampu membeli rumah yang  sekitar RM180,000. Tetapi di manakah anda boleh mendapatkannya sekarang?