Perkembangan Trade War & Emas - Market Demon

Saturday, February 2, 2019

Perkembangan Trade War & Emas


Apa yang baik untuk komoditi tidak semestinya baik untuk emas. Apa yang baik untuk perdagangan Amerika Syarikat dan China, tidak semestinya baik untuk emas juga. Atau emas diberikan kedudukan unik sebagai lindung nilai kepada masalah kewangan.

Kenaikan harga emas selama 5 hari berturut-turut pada minggu lalu berakhir pada hari Jumaat. Trend kenaikan terhenti apabila terdapat laporan mengenai perancangan Presiden Trump untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping tidak lama lagi untuk menutup perjanjian perdagangan yang komprehensif antara kedua-dua kuasa besar ekonomi.

Gold/USD
Pasaran mungkin tidak sukakan perkembangan tersebut memandangkan terdapat banyak percanggahan kenyataan oleh White House mengenai perdagangan sebelum ini. Dalam futures trading, penanda aras emas bagi bulan April di Comex, New York Mercantile Exchange mencatat paras tertinggi 9 bulan, iaitu $1,330.15 pada hari Khamis. Mungkinkah kita akan melihat risiko penurunan nanti? 


"Don't gain the world and lose your soul; wisdom is better than silver or gold."

Ikuti kami di telegram Market Demon

No comments: