Banyak faktor dan penggerak pasaran yang mendorong trend kenaikan pada minggu lalu. Fokus akan kembali kepada kadar faedah pada minggu hadapan. Ia mungkin akan menjadi minggu yang sukar buat Australian Dollar (AUD). Australian Dollar (AUD) melonjak ke paras 2 bulan tertinggi pada minggu lalu.
Bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve Bank (Fed) mengekalkan kadar faedah pada minggu lalu. Kenyataan yang ditinggalkan oleh Pengerusi Fed ditafsirkan oleh pasaran sebagai lebih berhati-hati untuk kenaikan kadar faedah pada masa hadapan. Ini sekaligus telah melemahkan US Dollar (USD) dan Australian Dollar (AUD) telah memanfaatkan peluang tersebut untuk meneruskan kenaikan.
AUD/USD |
Buat masa sekarang, kadar inflasi Australia masih di bawah sasaran. Trend kenaikan dalam pasaran komoditi turut menjadi faktor kenaikan dalam Australian Dollar (AUD). Perkembangan perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China juga dilihat akan mempengaruhi prestasi mata wang Auatralia.
Australia mempunyai lebih banyak kesan dalam perang perdagangan berbanding kebanyakan negara lain kerana hubungan ekonomi dan politiknya yang kuat dengan kedua-dua gergasi ekonomi dunia. Sektor perkilangan China menunjukkan penguncupan bermula pada bulan Disember tahun lalu. Jadi, bagaimana dengan minggu ini?
Terdapat banyak berita ekonomi Australia di pasaran tetapi agenda utama sudah tentu adalah keputusan dasar monetari dari Reserve Bank of Australia pada hari Selesa (5 Feb) nanti. Penganalisis menjangkakan tiada perubahan berlaku. Kami melihat terdapat risiko penurunan pada minggu hadapan. Apa pendapat anda?
Ikuti kami di Twitter Market Demon
No comments:
Post a Comment