Harga saham Sapura Energy Bhd pada masa ini adalah yang paling rendah dan dijangka trend tersebut hanyalah sementara dan akan melonjak naik sesuai dengan fundamental syarikat gergasi minyak dan gas (O & G) tersebut. Pendapat ini juga disokong oleh harga minyak mentah yang dijangka akan meningkat naik selepas ini.
Penganalisis pasaran berkata harga saham Sapura yang berubah-ubah sepanjang masa ini adalah kesan daripada spekulasi dan sentimen pasaran, dan tidak mencerminkan keadaan sebenar syarikat tersebut. Harga saham Sapura jatuh pada rekod terendah 25.5 sen pada hari Khamis minggu lalu walaupun harga minyak mentah dunia naik ke paras $62.19 setong.
Untuk makluman, Sapura kini mempunyai aset sebanyak RM8 bilion di bawah syarikat itu selepas melengkapkan cash call dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) minggu lepas dan para pemegang saham memberi kelulusan dalam usul perkongsian bersama kumpulan OMV AG Austria. Walaupun saham Sapura kelihatan suram, kebanyakan penganalisis memberi cadangan supaya meneruskan pegangan dalam saham tersebut kerana ia berpotensi memberikan peluang yang menarik selepas ini.
Semasa mesyuarat agung tahunan Sapura pada bulan Julai tahun lepas, presiden dan ketua pegawai eksekutif Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata para pelabur perlu mengukur pertumbuhan masa depan syarikat tersebut dan bukan hanya semata-mata oleh harga sahamnya.
No comments:
Post a Comment