Pernah tertanya-tanya bagaimana rutin hidup orang kaya seperti Warren Buffetts dan Mark Cubans? Mereka mungkin memiliki beberapa tabiat mewah tetapi kemungkinan besar mereka juga berkongsi peraturan kewangan yang sama, yang mana membantu mereka meningkatkan dan melindungi kekayaan mereka. Sekalipun anda belum mencapai status jutawan, anda boleh mendapat manfaat dengan mengikut peraturan kewangan golongan jutawan. Dalam artikel kali ini, Market Demon berkongsi 4 perkara yang dilakukan orang kaya.
4. Mereka Tidak Menghabiskan Semua Yang Mereka Perolehi
Kebanyakan orang terutamanya golongan pertengahan berbelanja mengikut apa yang mereka rasa mereka perlu nikmati dan kemudian menyimpan mana yang masih berbaki. Orang kaya sebaliknya, mereka meraih pendapatan dan mengenepikan jumlah yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka.
Anda boleh melakukan perkara yang sama dengan memindahkan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan sambil belajar bagaimana untuk menunda kepuasan dan menghindari racun kekayaan seperti hutang dan kad kredit.
3. Mereka Tidak Melepaskan Peluang Untuk Mengembangkan Kekayaan Mereka
Orang kaya sentiasa mencari cara untuk memperbaiki diri mereka, sama ada menambah pelaburan, memulakan perniagaan baru atau mencari pendapatan pasif. Apabila pendapatan mereka meningkat, mereka memastikan mereka tidak meningkatkan perbelanjaan gaya hidup mereka.
Sama seperti pelabur dalam pasaran kewangan. Mereka sedar selepas meraih keuntungan, mereka sentiasa berisiko untuk kehilangan semula keuntungan tadi atau mengalami kerugian yang lebih besar. Tetapi dengan melabur secara teratur dari masa ke masa, pelaburan mereka berpotensi untuk terus berkembang dalam jangka masa panjang.
2. Mereka Tidak Membuat Keputusan Kewangan Dalam Keadaan Beremosi
Orang-orang yang berjaya secara kewangan membuat keputusan berdasarkan matlamat dan strategi jangka panjang. Mereka memiliki pelan komprehensif. Mereka tidak melabur dalam trend terbaru atau mengikut "hot tip." Tidak dapat dinafikan, sukar untuk menyingkirkan emosi apabila melibatkan wang. Sebab itulah pentingnya memiliki sistem yang mampu mencegah anda dari membuat keputusan yang tidak rasional.
1. Mereka Tidak Bersendirian
Orang-orang kaya tidak berjudi dengan mata pencarian mereka. Dalam erti kata lain, jika mereka tidak pasti bagaimana untuk membuat keputusan, mereka akan mendapatkan bantuan. Bantuan itu mestilah datang dari seorang penasihat yang boleh dipercayai. Anda boleh mendapatkan bantuan dari rakan-rakan anda yang berkongsi impian yang sama dengan anda.
"I went to a restaurant once and the lady said my table wasn't available. So I bought the restaurant and told her, her job wasn't available."
Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon
No comments:
Post a Comment