Malaysia Menghadapi Kelembapan Ekonomi Global - Market Demon

Sunday, February 3, 2019

Malaysia Menghadapi Kelembapan Ekonomi Global


Kelembapan ekonomi global, ditambah pula dengan nilai Ringgit yang merosot dan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, adalah antara faktor yang menunjukkan Malaysia memerlukan badan khas untuk menghadapi cabaran-cabaran itu dan mengurangkan kesan ketidaktentuan.

Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin menggambarkan langkah kerajaan menubuhkan badan untuk menangani isu-isu berkait dengan ekonomi sebagai tepat pada masanya. Menurut beliau, Malaysia perlu mencari cara yang lebih kreatif untuk melindungi ekonomi negara. Malaysia tidak boleh melawan mereka tetapi Malaysia mesti bersedia menghadapi semua itu.

Pada hari Jumaat yang lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap mengenai penubuhan sebuah badan, sama dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC). Dr. Amir berkata pakar dari pelbagai bidang termasuk psikologi, sosiologi dan hubungan antarabangsa perlu diambil untuk membantu mencari penyelesaian daripada masalah dalam menghadapi cabaran yang berkaitan dengan ketidaktentuan ekonomi dan pasaran.

Profesor ekonomi Universiti Sunway, Dr. Yeah Kim Leng, pula berkata kelembapan ekonomi global dan perang perdagangan pasti akan menjejaskan keyakinan domestik. Walau bagaimanapun, Malaysia boleh menghadapi semua itu dengan fundsmental yang kuat dan pasaran kewangan yang stabil.

Untuk meningkatkan keadaan dan kecekapan ekonomi, satu mekanisme perlu disediakan untuk mengaturkan dasar, kelulusan yang pantas, dan pelaksanaan yang berkesan di sektor awam dan swasta. Prof. Yeah turut berharap wakil-wakil dari sektor swasta akan diberi peluang untuk memberi input dalam menghadapi cabaran dari Revolusi Industri 4.0.

Dalam masa yang sama, Prof. Dr. Edmund Terence Gomez dari Universiti Malaya, mempersoalkan fungsi sebenar panel baru itu dan sama ada ia akan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau sebaliknya. 

"Malaysia is particularly sensitive, we have three races here and 29 different tribes. If you allow people to say what they like, there will be violence, confrontations, and all that. We need stability."

Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon


No comments: