Skim Ponzi Terbesar di China - Market Demon

Sunday, March 11, 2018

Skim Ponzi Terbesar di China

200 juta pelabur rugi 11 billion USD akibat sertai skim ponzi terbesar di China

China telah berjaya membongkar pelaburan ala Ponzi yang telah viral sejak April 2017 dan berita baiknya ia tidak melibatkan cryptocurrencies.

Menurut Asia Times, di kemuncak operasi bisnes scammer. Pelaburan atas talian Qbao.com telah mempunyai 200 juta pengguna berdaftar di laman webnya. Dengan jaminan dan janji “Cepat Kaya” serta pulangan pelaburan sehingga 80%, syarikat tersebut berjaya menarik pengikut tegar yang dikenali Baofen atau "fans of Qbao", mengaburi klien baru terikut-ikut untuk melabur dengan produknya dan tidak ketinggalan. Walaupun nama penuh syarikat Qbao membuat maksud kejayaan, ia juga boleh diterjemah sebagai “harta karun”.

Malang buat 200 juta pelabur China, impian untuk menjadi jutawan singkat bertukar mimpi ngeri bila pengasas Zhang Ziaolei direman selepas dia serah diri sebelum tahun baharu 2018 ke pihak berkuasa.



Zhang Xiaolei, pengasas Qbao.com, platform atas talian Qianbao

Dia dituduh yelah membuat kutipan haram berjumlah 70 billion yuan (USD11 billion), lapor sumber oleh pihak berkuasa China dan akhbar tempatan. Jika tuduhan tersebut benar, ia akan menjadikan pelaburan palsu itu sebagai penipuan dan scam terbesar dalam sejarah China.

Ini menunjukkan realiti masyarakat China masih 'miskin' dan gelap mata mengejar pelaburan yang berisiko dan pulangan tinggi", ujar Li Chao, seorang analisis dari konsultan pasaran iResearch di Beijing. Sungguh ‘gila’, pelabur sanggup menggadaikan semua harta mereka.

Zhang dilihat memasuki balai polis pada 26 Dis di Nanjing, satu wilayah di Jiangsu Timur di mana Qbao.com 'dilahirkan' sejak 8 tahun lalu. Pihak berkuasa percaya para pelabur telah pun menjadi mangsa skim Ponzi terbesar. Modus operandi yang dilakukan seperti klien baru dibayar tanpa pengetahuan pelabur terdahulu. Sebelum pelaburan internet itu ditutup sepenuhnya, ia berjaya menarik hingga 2 juta pengguna setiap hari hingga kemuncak hujung 2017 melalui syarikat yang berpengkalan di Shanghai.

“Polis memanggil pelabur Qbao dari setiap wilayah untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan dan membantu penyiasatan selepas pemilik syarikat, Zhang Xiaolei ditahan kerana disyaki membuat jenayah kutipan wang haram."

Sementara itu, sesetengah pelabur masih skeptikal dan yakin bahawa semua laporan yang dideahkan ini adalah salah (deniable). Industri kewangan atas talian banyak dilanda dengan pelbagai skandal dan pihak penguatkuasa China bertungkus lumus menyelesaikannya.

“Saya telah bosan memberi nasihat kepada pelabur, sebahagian mereka hampir membunuh diri,” Mu Qing, menjadi pelabur Baofen, lapor Global Times. “Kami percaya kepada Qbao dan kami akan tunggu dan lihat”

Pada Feb 2016, dikatakan sebuah servis peer-to peer atas talian, Ezubao, turut dituduh menyelewengkan hampir 900 ribu pelabur dengan jumlah 50 ribu yuan (RM30 billion) dalam tempoh 2 tahun sahaja. Mahkamah Beijing kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat kepada Ding Ning, yang merupakan arkitek dan perancang penyelewangan USD 9 bil di Ezubao itu, yang mana menutup kisah skim Ponzi terbesar dalam sejarah dunia moden. Tapi, sekiranya tuduhan berkenaan Qbao.com dan Zhang adalah benar, ini boleh 'memadam' rekod scammer terbesar alaf moden.

Berbalik kepada Qbao, pada 27 Dis, bersama jutaan klien, akaun Mu Qing telah dibekukan di Qao.com.

Image result for wall street cheat sheet

Tindakan seterusnya bergantung kepada siasatan pihak polis serta kuiri dan keputusan oleh bank pusat. Bank pusat China mengarahkan semua bank komersil di wilayah Jiangsu membuat pemeriksaan dalaman bagi melihat kemungkinan pinjaman-pinjaman yang bersangkut dengan Qao.com atau anak syarikatnya.

“Pelabur Qbao masih meletakkan keyakinan kepada Zhang”, ujar seorang bekas eksekutif lapor laman web Caixin. “Ia adalah satu kegilaan”. Tetapi, kepercayaan yang dibina akan meluntur apabila mengetahui maklumat sebenar kehidupan Zhang yang tersebar ke pihak umum. Akhirnya, pelabur akan alami kekecewaan dengan hal ini.

Ketahuilah, para pelabur boleh menafi, tapi pada akhirnya terpaksa terima, tapi, peringkat kemarahan akan datang terlebih dahulu. Jika benar 200 juta pelabur China terlibat, mereka mungkin mengalami kerugian yang signifikan, jika tidak semua mengalami kerugian total, kadar kemarahan akan ketara dan membuktikan ‘angsa hitam’ bagi Negara tersebut yang boleh berakhir dengan tunjuk perasaan.

Nota: Mampukah perkara sebegini diatasi oleh cryptocurrency melalui teknologi blockchain?

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
emel: shafiq.cryptocall@gmai.com