Melombong CLAM, DOGE, PIVX dan TTC coins
Terdapat ratusan laman web yang menyediakan servis mining kepada pengguna mutakhir ini. Market Demon hari ini akan berkongsi kaedah mining menggunakan laman web Simplecoin. Simplecoin menggunakan konsep mining melalui laman web yang menggunakan CPU dan GPU PC anda.
Sekiranya anda masih kurang jelas berkaitan kaitan mining aka proof of work, boleh baca di sini. Baik, berikut adalah langkah-langkah untuk mula melombong di Simplecoin.
1. Buka akaun Simplecoin di sini ==> Simplecoin
2. Tekan butang Start
Anda akan lihat bilangan hashes meningkat dan Simplecoin akan memberi reward kepada anda dalam bentuk hashes sebelum anda boleh menukarnya dengan coin pilihan. |
3. Setelah berjaya kumpul hash yang mencukupi, inilah masa yang ditunggu-tunggu, anda boleh withdraw dengan klik butang withdraw. Sila pastikan anda mempunyai address yang valid untuk membuat pengeluaran. Address ini boleh diwujudkan dari cold atau hot wallet. Salah satunya dengan mendapatkannya secara sementara dari Cryptocurrency Exchanges e.g. Bittrex atau Binance yang mana anda boleh menjana pendapatan pasif dan kemudiannya menjadi modal buat akaun trading cryptocurrencies anda.
Contoh hash yang berjaya dikumpul juga ditunjukkan |
Setiap coin mempunyai minimum amaun tukaran hashes |
Contoh pengeluaran yang telah dibuat |
4. Selamat mencuba!
Anda juga boleh menggunakan Miner app (xmrig) dan menetapkan nama dan address ini. Kami akan kongsikan pada artikel akan datang.
Penafian:
1. Mining boleh menyebabkan PC anda menjadi 'perlahan', sila gunakan atas risko sendiri. Cuba bayangkan anda mempunyai 100PC, berapakah agaknya yang anda berjaya kumpulkan?
2. Anda boleh mengambil peluang mining harga coin pada harga murah dan keadaan difficulty coin yang masih rendah.
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com