Embargo minyak atau sekatan minyak oleh OPEC adalah keputusan untuk menghentikan eksport minyak ke Amerika Syarikat. Pada 19 Oktober 1973, 12 negara anggota OPEC bersetuju dengan sekatan itu. Sepanjang 6 bulan selepas sekatan, harga minyak telah meningkat 4 kali ganda. Harga minyak kekal pada paras lebih tinggi walaupun selepas embargo berakhir pada Mac 1974. Sejak embargo, OPEC terus menggunakan pengaruh mereka untuk mengawal harga minyak. Hari ini, OPEC mengawal hampir 42% daripada bekalan minyak dunia. Mereka juga mengawal 61% eksport minyak dan 80% rizab minyak.
Punca Embargo Terjadi
Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat, Nixon memutuskan untuk meninggalkan standard emas. Akibatnya, negara-negara lain tidak boleh lagi menebus US Dollar dalam rizab mereka dengan emas. Tindakan Nixon ini bertentangan dengan perjanjian Bretton Woods 1944. Ini menyebabkan harga emas melonjak tinggi. Dalam masa yang sama, tindakan Nixon juga menyebabkan nilai US Dollar jatuh tanpa dijangka.
Kejatuhan US Dollar menjejaskan negara OPEC kerana kontrak minyak mereka berharga dalam US Dollar. Jika US Dollar jatuh, bermakna pendapatan mereka turut jatuh. Ketidakpuasan negara-negara OPEC terhadap Amerika Syarikat memuncak apabila negara itu menyokong Israel melawan Mesir dalam Perang Yom Kippur.
Pada 19 Oktober 1973, Presiden Nixon meminta kelulusan $2.2 bilion dari Kongres dalam usaha membantu tentera Israel. OPEC yang dianggotai oleh banyak negara Arab bertindak balas dengan menghentikan eksport minyak ke Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel. Pada 25 Oktober 1973, Mesir, Syria dan Israel mengisytiharkan gencatan senjata. Tetapi OPEC meneruskan embargo sehingga Mac 1974. Pada masa itu harga minyak melonjak dari $2.90/barrel menjadi $11.65/barrel.
Kesan Embargo Minyak
Embargo minyak telah dipersalahkan kerana menyebabkan kemelesetan terjadi pada tahun 1973-1975. Tetapi, dasar kerajaan Amerika Syarikat turut menyumbang kepada berlakunya kemelesetan dan stagflasi, ianya termasuk kawalan gaji oleh Presiden Nixon dan dasar monetari oleh Federal Reserve Bank (Fed). Dasar Nixon telah menyebabkan syarikat-syarikat perlu meletakkan upah yang tinggi, bermaksud untuk meningkatkan kadar upah mereka terpaksa mengurangkan kos. Kesannya ramai orang kehilangan pekerjaan.
Menjadikan keadaan bertambah buruk apabila Fed menaikkan dan menurunkan kadar faedah terlalu kerap. Tindakan Fed menyebabkan sektor perniagaan gagal membuat perancangan untuk masa depan. Kesannya syarikat-syarikat telah mengekalkan harga yang tinggi. Syarikat-syarikat turut takut untuk mengambil pekerja baru. Ini memburukkan inflasi dan kemelesetan.
Tidak dapat dinafikan, embargo minyak juga menyumbang kepada inflasi dengan peningkatan harga minyak. Embargo terjadi ketika ekonomi Amerika Syarikat sedang merosot. Pengeluar minyak domestik tidak mamph menghasilkan lebih banyak minyak untuk menampung kekurangan bekalan.
Apabila harga minyak menjadi tinggi, pengguna mempunyai sedikit wang untuk dibelanjakan untuk barangan dan perkhidmatan lain. Ini menurunkan permintaan dalam pasaran. Ia juga melemahkan keyakinan pengguna. Kekurangan keyakinan ini menjadikan orang ramai kurang berbelanja. Apabila tidak ramai yang berbelanja, ekonomi tidak dapat beroperasi dengan lancar.
Penutup
Embargo minyak memberikan OPEC kuasa baru untuk mencapai matlamat mereka dalam mengawal bekalan minyak dunia dan menjaga kestabilan harga minyak. Dengan menaikkan dan menurunkan bekalan, OPEC cuba mengekalkan harga minyak antara $70-80 setong. Jika harga rendah dari kadar itu, mereka terpaksa menjual komoditi mereka dengan murah.
Ikuti kami di Twitter Market Demon
No comments:
Post a Comment