Bursa saham utama Asia bermula secara positif hari ini. Nikkei index dibuka 0.66%, Korea Composite Stock Price Index (Kospi) dibuka 0.89%, Strait Times Index dibuka 0.45%, Shanghai index dibuka 0.24%, dan Hang Seng Index dibuka 0.98%.
Sentimen positif bagi bursa saham Asia datang dari perkembangan geopolitik antara Korea Utara dan Korea Selatan. Kim Jong Un menjadi pemimpin Korea Utara yang pertama mengunjungi Korea Selatan pasca perang antara kedua negara berlaku. Kunjungan Kim Jong Un hari ini merupakan sebahagian daripada pertemuan pertama Korea Utara dan Korea Selatan dalam tempoh lebih dari satu dekad.
Pada hari ini, kedua-dua buah negara dijadualkan untuk menandatangani pelbagai kesepakatan. Namun, sehingga kini tidak jelas apa butiran perjanjian itu. Pemain pasaran berharap akan ada perjanjian yang berkaitan dengan program denuclearization oleh Korea Utara.