7 Fakta Ripple yang anda akan suka mengetahuinya - Market Demon

Sunday, April 29, 2018

7 Fakta Ripple yang anda akan suka mengetahuinya




Ripple adalah satu cryptocurrencies yang meroket pada tahun 2017 dengan kenaikan hampir 35,000% bagi setahun walaupun ia dikira agak baru memasuki dunia cryptocurrencies sejak 2012 berbanding bitcoin dan ethereum.

Di sini, tujuh fakta berkaitan Ripple dihidang supaya anda lebih mahir dengan Ripple, bagaimana ia berfungsi dan kelebihan yang dipunyai digital token ini berbanding lain:

 
7. Kos transaksi Ripple adalah rendah

Satu halangan terbesar cryptocurrencies adalah kos transaksi terutama cryptocurrencies yang menjalankan algorithm proof-of-work yang perlu dilombong (mining). Yuran ini akan dibayar kepada miners sebagai insentif menyelesaikan masalah rantaian blok dan membantu memproses transaksi.

Bitcoin pada penghujung 2017 dan awal 2018 telah mencatatkan kos transaksi terlalu mahal sekitar 20USD. Secara puratanya ia adalah sekitar USD1.15 sahaja dan hal ini menjadikan bitcoin tidak praktikal untuk kegunaan harian. Cryptocurrencies kedua terbesar pula iaitu ethereum yang hampir dengan Ripple secara purata bernilai USD0.30.

Tetapi, purata kos transaksi Ripple tertinggi hanyalah USD0.03 pada awal 2018 semasa bitcoin di kemuncak nilainya!


6. Network Ripple adalah lebih laju berbanding bitcoin/ethereum

Purata tempoh transaksi bitcoin mengambil masa selama 81 minit, manakala ia merekodkan masa 10-30 minit pada beberapa bulan kebelakangan ini. Ethereum lebih laju iaitu sekitar 2 minit atau lebih.

Ripple berhasrat menjadi yang terpantas dalam bentuk pemindahan wang dengan mensasarkan 4 saat masa transaksi menurut laman web Ripple Lab. Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan wire transfer, anda pasti bersetuju dengan perkhidamatan yang pantas dan murah akan memberi kesan besar kepada nilai tambahnya sesuatu servis.

Selain kepantasan, network Ripple juga boleh menguruskan bilangan transaksi yang lebih banyak berbanding cryptocurrencies yang lain. Bitcoin dan Ethereum hanya mampu menguruskan masing-masing sebanyak 3 dan 15 transaksi sesaat. Ripple pula mampu mengurus sehingga 1,500 transaksi sesaat dan ia boleh ditingkatkan sehingga 50,000 persaat setaraf dengan network Visa.

Ini menyebabkan beberapa syarikat besar termasuklah AMEX, SANTANDER dan MoenyGram International sedang menguji teknologi Ripple.


5. Ripple tidak mahu menjadi matawang bagi bayaran

Satu salah faham masyarakat baru berjinak dengan cryptocurrencies berfikiran semua jenis cryptocurrencies adalah bagi tujuan mod pembayaran semata. Ini tidak benar, dan, jika ini adalah tujuannya, sudah pasti sangat sukar kita punya hanya satu 'bitcoin' sahaja.

Ripple direka sebagai kaedah pemindahan bayaran, bahasa mudahnya adalah membawa wang dari Poin A ke Poin B dengan efisien sepertimana wire transfer. Ia hadir dengan tawaran masa transaksi yang pantas dan murah.


4. Hanya 40% XRP token dalam circulation

Walaupun terdapat 100 billion XRP yang wujud, kebanyakannya ia masih belum berada dalam kitaran. Ripple Lab memiliki 60 billion XRP, 6.25 billion dimiliki pelabur manakala 55billion bagi tujuan masa hadapan. 12 bulan ke hadapan, 1 billion XRP akan diedarkan dan ini meningkatkan kitaran supply pada tahun mendatang.

Harga semasa XRP adalah sekitar USD 0.80 manakalu nilai XRP dalam kitaran adalah USD31.52 billion menjadikannya cryptocurrency ketiga terbesar secara market cap. Nilai gabungan XRP yang wujud adalah hampir 80 billion.


3. Anda tidak boleh melombong (mining) Ripple

Supply Bitcoin bertambah kerana peningkatan aktiviti mining di kolam-kolam (pool) sepertimana cryptocurrencies yang lain.

Ripple berbeza, 100 billion XRP yang tawarkan adalah wujud walaupun belum memasuki kitaran wang semasa.


2. Ripple menawarkan 3 produk, hanya satu guna XRP token


Hal yang menarik mengenai Ripple adalah produk utama xCurrent tidak menggunakan Ripple dssepenuhnya. xCurrent dibina supaya bank-bank dapat berinteraksi antara satu sama lain. Produk  xCurrent terkenal bagi American Express dan Santander.


xRapid menggunakan token XRP, tetapi ia masih belum digunakan secara meluas.


1. Ripple bukanlah nama rasmi


Cryptocurrency yang dirujuk sebagai Ripple secara rasmi adalah XRP. Jadi, tidak wujud perkataan anda membeli 10 Ripple.

Ripple Labs adalah nama syarikat yang mencipta token XRP. Ripple lebih mudah diingati dan catchy. Justeru, ramai masyarakat kerap menggunakan Ripple dan XRP.

Jika anda perhati, bitcoin selalunya ditulis dalam huruf besar, tetapi berlainan bagi Ripple, Stellar dan lain-lain kerana bitcoin bukanlah nama syarikat tetapi kebanyakan nama syarikat lain adalah berkait rapat dengan syarikat pengeluarnya.




Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com