One of The Greatest Bear Market Ever
Pertengahan usia 21 tahun, Jesse Livermore diharamkan oleh bucket Shop seluruh Buston. Livermore mengambil jalan untuk berpindah ke New York dengan berbekalkan wang sebanyak 2,500 USD. Seterusnya, beliau mula mengintai peluang untuk melabur dalam New York Stocks Exchange (NYSE). Di New York, Jesse Livermore berjaya membina reputasi dengan mudah. Tetapi masih lagi meneruskan momentum yang sama, kehilangan semula wang yang diperolehi beliau.
Apabila diperhalusi formula kemenangan yang beliau bangunkan, ianya hanya sesuai untuk bucket shop tetapi bukan untuk gelanggang yang lebih besar, Real Stocks Exchange. Livermore terpaksa berpindah ke St. Louis untuk mencari semula dana melalui bucket shop. Beliau berfikir ini adalah tempat yang baru, orang ramai tidak mengenalinya, ini adalah peluang terbaik mencipta keuntungan semula. Namun ramai yang mengenalinya sebagai ‘Bucket Shop Wizard’ dan berita kehadirannya di St. Louis tersebar dengan pantas. Sekali lagi Livermore diharamkan oleh semua bucket shop di bandar itu. Livermore tidak berpatah hati, beliau menyusun semula strategi dengan mengupah seseorang untuk masuk ke dalam bucket shop melakukan taruhan berdasarkan analisis yang dilakukannya.
Livermore pertama kali menjadi sangat popular dikalangan trader sewaktu situasi panik pada tahun 1907. Mengikut catatan sejarah, semasa kejadian ini beliau telah mencipta keuntungan sebanyak 1 juta USD hanya dalam masa 1 hari. Livermore mencipta jutaan U.S Dollar apabila mengambil position short sebelum stock market crashed. Selepas berakhirnya bear market, aset yang dikumpul beliau bernilai 3 juta USD. Nama Livermore disebut-sebut sehingga beliau digelar The Wall Street Tycoon pada masa itu.
Livermore sedar lebih awal berbanding trader dan investor yang lain bahawa bear market akan mengambil alih pasaran. Sangat mustahil pasaran akan meneruskan momentum kenaikan selepas sekian lama bull market menguasai pasaran. Tidak lama selepas itu, J.P Morgan telah membuat perancangan untuk bekerjasama dengan Livermore dalam memulihkan semula keadaan pasaran yang mengalami kejatuhan yang teruk. Livermore menyambut baik tawaran itu.
JP Morgan |
Livermore telah membeli stocks sebanyak yang mungkin, mengakibatkan orang ramai mengikuti apa yang dilakukan beliau. Stock market kembali menjalani proses pemulihan dan memberi peluang kepada Livermore mencipta keuntungan dengan lebih banyak. Disebabkan hasil yang positif, Livermore digelar sebagai hero oleh sebilangan investor dan trader. Sudah tentu, pada masa itu beliau telah mencapai status sosial yang tinggi secara tidak langsung masuk ke dalam kelompok elit dengan gaya hidup penuh dengan kemewahan.
The King Of Comeback
Tanpa penglibatan dalam pasaran, Jesse Livermore mula mencari idea untuk meminta pertolongan dari kenalan-kenalanya. Beliau menawarkan 500 ‘shares’ untuk memulakan kebangkitan semula. Livermore menyusun strategi untuk kembali ke dalam arena ini, beliau amat yakin dengan analisa yang beliau telah rancang untuk mencipta semula reputasi di dalam stocks market.
Bersandarkan semangat dan keyakinan yang beliau miliki, Livermore mengambil masa selama 6 minggu menganalisa stock price sebaik yang mungkin sebelum membuat pembelian. Hasilnya, Livermore menjadi bahan bualan awam atas kejayaannya. Sehinggakan mendapat perhatian media yang menulis tajuk utama akhbar seperti ‘Boy Plunger Scores Comeback In Operations On Wallstreet’, ‘Made A Million, Lost Million & Comeback & Made More Millions’ dan lain-lain.
Karya Agung The Reminiscences of a Stock Operator
Tahun 1922, Jesse livermore telah bekerjasama dengan Edwin Lefavra untuk menghasilkan sebuah buku berkenan stock market. Sejak buku itu diterbitkan, sehinggalah ke hari ini The Reminiscences of a Stock Operator berjaya mencapai kutipan jualan tertinggi dan permintaan yang banyak sepanjang zaman sebagai rujukan utama stocks market.
Di dalam buku tersebut Livermore telah dirumuskan secara terperinci bagaimana beliau jatuh dan bangun semula dalam perjalanan hidup dan kerjaya beliau. Selepas buku itu diterbitkan, Livermore mengambil jalan untuk berpindah ke pejabat baru dan lokasinya dirahsiakan dari pengatahuan orang ramai dan Wall Street Exchange. Begitu juga dengan kehidupan peribadinya, turut dirahsiakan.
Black Tuesday & Crash 1929
Livermore mengenalpasti lebih awal price pattern yang terbentuk menyebabkan beliau mengetahui apa yang bakal berlaku pada tahun 1929. Menurut beliau, pattern ini sama seperti bear market 1907. Disebabkan rasa yakin dengan naluri yang dimilikinya, beliau mengambil position short. Selepas itu, Livermore banyak meluangkan masa dengan makan dan tidur di dalam pejabat kerana beliau amat yakin akan berlaku kejatuhan yang amat teruk pada tahun itu.
Sudah semestinya jangkaan The Wall Street Tycoon sangat tepat, beliau menikmati keuntungan yang paling besar pernah dicapainya. Selepas trend kejatuhan pasaran berakhir, Livermore telah mengaut pulangan sebanyak 100 juta USD, bersamaan 1.5 bilion USD pada hari ini.
Terima Kasih Legend
Selepas mengaut keuntungan yang paling hebat di zaman itu, Livermore sekali lagi mengalami kerugian secara drastik. Jika diteliti secara terperinci, tiada siapa yang mengetahui sebab utama, bagaimana dan kenapa Livermore boleh jatuh dengan begitu teruk. Tiada fakta yang tepat, hanya terdapat andaian dan kaitan pada peristiwa tersebut. Kerugian Livermore dalam pasaran kali ini menyebabkan beliau sekali lagi telah diistiharkan muflis buat kali ketiga dalam hidupnya. ‘The Boy Plunger of Wall Street Broke’ menjadi tajuk utama di dada akhbar.
Namun seperti biasa, Livermore masih yakin dengan kemampuannya dengan membuat comeback dalam pasaran. Tetapi, dengan beban dan tekanan yang dihadapi Livermore, beliau tidak mampu melakukannya kali ini. Beliau mengalami tekanan perasaan yang teruk sehingga semangatnya sebagai pemain pasaran hilang.
28 November 1940, Jesse Lauriston Livermore, 63 tahun telah dijumpai meninggal dunia akibat membunuh diri, bertempat di Sherry Netherland, kediaman beliau. Beliau telah menembak dirinya sendiri dalam keadaan penuh menyayat hati. Sekeping nota ditemui di dalam poketnya yang dialamatkan kepada isterinya berbunyi seperti ini,
My dear Nina, can't help it, things have been bad with me. I am tired of fighting. Can't carry on any longger. This the only way out for me. Love Laurie.
TERIMA KASIH LEGEND, pengajaran dari sudut kejayaan dan kegagalan antara yang terbaik sepanjang zaman. R.I.P JESSE LAURISTON LIVERMORE 1877-1940.