Dunia
kewangan sebenar mungkin sesuatu yang asing bagi kebanyakan pelabur yang baru mengenali pasaran. Perubahan dalam sistem teknologi telah membuatkan
proses jual beli di dalam pasaran kini dijalankan di alam maya seterusnya
menjadikan orang ramai tertanya-tanya bagaimana pasaran berfungsi dan “siapa”
sebenarnya yang menggerakkan pasaran. Salah satu cara untuk mendalami realiti sebenar dunia
kewangan adalah dengan menonton filem yang berkaitan dengan kewangan. Berikut merupakan
antara filem terbaik mengenai pasaran yang kami cadangkan.
1. Wall Street (1987)
Menceritakan tentang seorang pemuda yang
bekerja sebagai stock broker dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai
cita-citanya termasuk menggunakan maklumat dari orang dalam. Sebuah filem yang digemari ramai trader kerana watak Gordon Gekko di dalam filem tersebut.
Bud Fox merupakan seorang broker muda yang bekerja di firma Jackson Steinem & Co. Bud seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin berjaya dalam pasaran saham seperti Gordon Gekko. Dalam perjalanan ke puncak, Bud telah membocorkan rahsia dalaman syarikat Bluestar, sebuah syarikat penerbangan bermasalah di mana menjadi tempat bapanya bekerja.
Bud membocorkan perbualan dengan bapanya bahawa Bluestar akan dapat menyelesaikan masalah dan sudah tentu nilai sahamnya akan naik. Akhirnya Bud mendapat dana dari Gekko untuk membeli saham Bluestar dan memperoleh keuntungan dari situ. Tetapi kehidupan yang kaya-raya tidak selalunya indah, itulah yang dirasakan Bud. Bagaimana kesudahan kisah ini, anda disarankan menontonnya sendiri.
2. The Wolf of Wall Street (2013)
Masihkah anda ingat filem yang memenangi pelbagai anugerah yang penuh dengan kontroversi ini? Disebalik kontroversi yang melanda filem ini, sebenarnya filem ini diadaptasi dari kisah hidup seorang stock broker iaitu Jordan Belfort yang ditangkap pada tahun 1999 kerana memanipulasi pelabur lain dan melakukan penipuan.
Donnie Azoff yang sangat mengagumi Jordan Belfort mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaannya dan memilih untuk bekerja dengan Jordan. Donnie dan Jordan bekerjasama untuk membangunkan sebuah syarikat dan akhirnya mereka berjaya membuat keuntungan yang besar. Namun di tengah kejayaan itu, mereka terlibat dalam beberapa perniagaan haram.

Inside Job mendedahkan analisis yang
menyeluruh terhadap krisis kewangan dunia yang berlaku pada tahun 2008 di mana
ia telah menyebabkan kerugian kira-kira 20 trillion USD disamping jutaan orang
hilang pekerjaan dan tempat tinggal. Melalui kajian dan temuduga bersama
beberapa orang penting di dalam industri ini, filem ini membongkar keadaan
pasaran kewangan yang ketika itu penuh dengan rasuah dan polisi bank yang
tidak betul. Mungkin Inside Job akan membuatkan kita lebih bijak untuk kejatuhan ekonomi yang seterusnya.
4. The Big Short (2015)
The Big Short mengangkat kisah yang terjadi ketika gelembung kewangan yang berlaku pada tahun 2000-an yang menyumbang kepada krisis kewangan global pada tahun 2007-2010. Filem ini mengisahkan tentang 4 orang lelaki yang mempunyai idea gila tetapi cemerlang ketika krisis ekonomi berlaku. Filem ini juga
menarik kerana ia menunjukkan bahawa bank juga tidak mengetahui apa yang akan
berlaku pada masa akan datang.
Dalam filem ini diceritakan Wall Street sedang menggunakan sistem Subprime Mortgage Bonds, sistem yang membawa kepada kerugian. Salah satu watak dalam filem ini, Michael Burry meramalkan perniagaan hartanah akan mengalami masalah yang besar. Perkara yang sama dilihat oleh dua pelabur muda, Charlie Geller dan Jamie Shipley lalu mereka menjual semua saham dalam sektor hartanah.
Kemudian, Jared Vennett, seorang lelaki yang bekerja di institusi kewangan menyarankan semua syarikat pengurusan saham tidak melabur dalam hartanah. Langkah keempat-empat orang ini mendapat banyak ujian dan tentangan dari banyak pihak.

5. Wall Street: Money Never Sleeps (2010)
Filem ini merupakan sambungan dari kisah
Wall Street (1987). Setelah beberapa tahun di dalam penjara, tiba saatnya Gordon Gekko kembali menghirup udara segara. Walau bagaimanapun, hukuman penjara telah mengambil segalanya dari Gekko. Dari harta sehingga keluarga, semuanya seolah-olah meninggalkan Gekko. Malah bekas rakan sekerja Gekko tidak lagi menghormatinya. Gekko tahu dia tidak akan mampu mendapatkan segalanya seperti dulu lagi namun ada satu hal yang dia tidak ingin lepaskan.
6. Boiler Room (2000)
Boiler Room mengisahkan tentang Seth Davis yang dibuang dari kampus Queens College. Seth Davis mengendalikan laman perjudian haram di rumahnya berhampiran kampus. Walaupun berjaya mendapatkan keuntungan, dia cukup mengecewakan bapanya, Marty, yang merupakan seorang hakim.
Suatu malam, sepupunya Adam, bersama seorang lagi kenalan kaya bernama Greg Weinstein berkunjung ke kasino milik Seth Davis untuk bermain blackjack. Greg merekruit Seth untuk menyertai J.T Marlin, firma broker yang berpusat di Long Island. Dia dijanjikan dengan kekayaan.
Kepada Crypto Hodlers, filem ini untuk anda kerana ia berkisarkan skim pump and dump di dalam stock market, dan tidak banyak bezanya dengan dunia crypto pada hari ini. Jika sesuatu tawaran itu terlalu bagus untuk menjadi benar, maka kemungkinan tinggi ianya tidak betul.

7. Margin Call (2011)
Detik-detik cemas di saat market mula mengalami krisis diceritakan hanya dalam 24 jam. Sikap lepas tangan bank juga ditunjukkan di dalam filem ini. Sebuah syarikat di Wall Street yang tidak disebutkan namanya memulakan pemberhentian beramai-ramai. Di antara yang dilepaskan adalah Eric Dale. Dale cuba menghubungi bekas majikannya untuk melihat projek terbarunya dan yang belum selesai, namun seorang kakitangan sumber manusia yang tidak berkepentingan menghalaunya. Apabila menaiki lif, Dale bertemu dengan salah seorang orang bawahannya, Peter Sullivan, dan memberinya sebuah USB drive-stick untuk dilihat dengan arahan yang tidak jelas supaya berhati-hati.
Sullivan bekerja hingga larut malam untuk menyelesaikan projek Dale dan mendapati bahawa volatility saat itu dalam portfolio sekuriti melampaui biasa. Oleh kerana leverage yang berlebihan, jika aset syarikat itu turun sebanyak 25%, kerugian akan menjadi lebih besar dari nilai syarikat itu sendiri dan syarikat itu akan muflis. Sullivan memberitahu Will Emerson tentang situasi yang terjadi. Emerson memaklumkan kepada orang atasannya, Sam Rogers, yang juga kembali ke pejabat. Mereka cuba menghubungi Dale, namun tidak berjaya.

8. The Corporation (2003)
Sejak lewat kurun ke-18 Amerika telah
menganggap business corporation sebagai satu entiti yang mempunyai kepentingan
dari segi ekonomi dan politik. Filem ini membawa anda ke satu ujikaji social
science apabila kuasa dan harta mengaburi minda. The Corporation memperlihatkan perkembangan perniagaan korporat.
Topik yang diutarakan termasuk plot perniagaan, di mana pada tahun 1933 General Smedley Butler mendedahkan plot korporat yang menentang Presiden Franklin Delano Roosevelt, penciptaan minuman ringan Fanta oleh syarikat Coca-Cola disebabkan oleh embargo perdagangan Nazi Jerman, peranan IBM dalam holocaust Nazi, protes Cochabamba pada tahun 2000, dan banyak lagi.

9. The Smartest Guys in the Room (2005)
Dokumentari ini meneroka kejatuhan Enron Corporation, boleh dikatakan yang paling mengejutkan tentang korupsi korporat moden. Enron Corporation dikaitkan dengan beberapa skim haram. Dalam persekitaran yang sangat kompetitif, traders Enron menggunakan pelbagai jenis dealing yang tidak masuk akal untuk mendapatkan wang.
Mungkin kita semua faham tentang tragedi ekonomi Amerika Syarikat. Terutamanya mengenai tragedi Enron. Tetapi ramai di antara kita tidak memahami butiran yang berlaku kepada Enron. Lebih menarik, orang penting Enron Corporation, Kenneth Lay merupakan orang yang dipercayai oleh George Bush dalam hal ekonomi dan perniagaan. Tamak, rasuah, namakan sahaja filem ini mempunyai semuanya. Ketahui bagaimana scam terbesar abad ke-21 tercetus, berkembang dan meletup.

10. Arbitrage (2012)
Memfokuskan mengenai seorang hedge fund yang
cuba menyembunyikan kesalahan masa lampau yang kini menghantuinya. Semasa mendekati ulang tahun kelahiran yang ke-60, jutawan hedge fund, Robert Miller menjadi simbol kejayaan, sekurang-kurangnya di permukaan. Hakikatnya, Miller sangat terdesak untuk menjual empayarnya kepada sebuah bank besar sebelum pihak berkuasa dan keluarganya mendapat tahu penipuan yang dilakukannya. Bagaimana kesudahan kisah Miller? Anda saksikannya sendiri.
Menonton filem berkaitan kewangan juga penting untuk memberi gambaran bagaimana "Big Player" berfungsi. Filem-filem di atas juga sesuai ditonton walaupun anda masih baru lagi dalam dunia kewangan kerana ia pastinya akan membuka mata anda. Selamat menonton!
Jangan lupa baca Pedoman Dari Filem Koyaanisqatsi
Jangan lupa baca Pedoman Dari Filem Koyaanisqatsi