Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi kronologi disebalik krisis subprima dan kejatuhan pasaran kewangan. Kejatuhan pasaran kewangan pada tahun 2008 berlaku pada 29 September. Dow Jones Industrial Average (DJIA) turun 777.68 mata, ia berlaku kerana U.S Congress telah menolak rang undang-undang bailout bank. Walau bagaimanapun, itu bukan faktor utama disebalik krisis yang terjadi. Krisis ini telah "terbina" sejak sekian lama, hanya menunggu masa sahaja.
Dow telah mencecah paras tertinggi pada 9 Oktober 2007, sekitar 14,218. Lebih kurang 18 bulan kemudian, ia telah jatuh lebih daripada 50% kepada 6,465 pada 5 Mac 2009.
Ini bukan peratusan terbesar dalam sejarah. Semasa The Great Depression, pasaran saham jatuh sekitar 90%. Tetapi ia mengambil masa selama 3 tahun. Apa yang menyebabkan pasaran kewangan jatuh? Ikuti garis masa di bawah untuk memahami dengan tepat bagaimana ia berlaku.
Tahun 2007
Dow memasuki tahun baru 2017 di paras yang tinggi, 12,460. Ia terus meningkat meskipun terdapat kebimbangan mengenai kelembapan pasaran perumahan. Pada 17 November 2006, Commerce Department telah memberi amaran bahawa new home permits pada bulan Oktober adalah 28% lebih rencah berbanding tahun sebelumnya. Tetapi pegawai kerajaan tidak fikir kelembapan sektor perumahan akan menjejaskan seluruh ekonomi. Malah mereka berasa lega kerana pasaran hartanah yang sebelum ini terlalu panas kelihatan pulih semula.
Tetapi ketika harga rumah jatuh, ia memberi kesan kepada subprime mortgage. Menjelang Ogos 2007, Federal Reserve (Bank Pusat U.S, singkatan Fed) menyedari bahawa bank sudah tidak mempunyai kecairan yang mencukupi. Fed mula menambah kecairan dalam pasaran dengan membeli suprime mortgages.
Menjelang bulan Oktober 2007, beberapa ahli ekonomi memberi amaran tentang penggunaan secara meluas hutang bercagar dan derivatif lain. Pada akhir November 2007, U.S Treasury Secretary, Hank Paulson melancarkan Superfund yang dibiayai oleh bank untuk membeli hutang toksik. Pada akhir tahun 2007, Bureau of Economic Analysis (BEA) menyemak semula kadar pertumbuhan. Mereka berkata GDP telah meningkat sebanyak 0.5% pada suku ketiga (Q3 2007). Dow menutup tahun 2007 di paras yang lebih tinggi berbanding awal tahun, sekitar 13,909.
Tahun 2008
Penghujung Januari 2008, BEA menyemak semula anggaran pertumbuhan GDP pada suku keempat (Q4 2007). Mereka berkata kadar pertumbuhan hanya 0.6%. Ekonomi kehilangan 17,000 pekerjaan, kali pertama sejak tahun 2004.
Pada 17 Mac, Fed campur tangan untuk menyelamatkan bank pelaburan Bearn Stearns, kejatuhan pertama dalam episod krisis subprima. Dow bertindak balas, turun ke paras 11,650.44 tetapi tidak mengambil masa yang lama untuk pulih semula (sekurang-kurangnya untuk sementara waktu). Sebenarnya ramai yang menganggap campur tangan bank pusat US (Fed) dalam menyelamatkan Bear Stearns akan memberi keyakinan kepada pelabur bahawa segala-galanya terkawal dan keadaan akan kembali seperti biasa.
Pelabur (*majoriti) menganggap campur tangan Fed dapat mengelakkan dari terjadinya bear market (trend penurunan dalam pasaran). Menjelang bulan May, Dow kembali naik ke paras 13,000, seolah-olah gambaran buruk berkenaan masa depan pasaran sudah berakhir.
Pada bulan Julai 2008, krisis suprima telah mengancam agensi yang ditaja kerajaan, Fannie Mae dan Freddie Mac. Mereka memerlukan bailout kerajaan. Treasury Department menjamin $ 25 bilion pinjaman mereka dan membeli saham Fannie dan Freddie.
September 2008
Bulan September 2008 bermula dengan berita yang menyeramkan, Pada hari Isnin, 15 September, Lehman Brothers diisytiharkan bankrap. Dow jatuh sebanyak 504.48 mata. 16 September, Fed mengumumkan mereka telah menyelamatkan (bailout) syarikat insurans AIG. AIG telah kehabisan wang tunai. 17 September, kebanyakan institusi pelaburan mula panik dan beralih ke instrument yang lebih selamat. Bank telah menaikan kadar faedah kerana mereka takut untuk memberi pinjaman. Dow terus jatuh sebanyak 449.36 mata.
18 September, pasaran pulih sebanyak 400 mata. 19 September, Fed menubuhkan Asset-Backed Commercial Paper Money Market Mutual Fund Liquidity Facility. Mereka meminjamkan sebanyak 122.8 bilion kepada bank untuk membeli commercial paper dari money market funds. Pengumuman Fed mengesahkan bahawa pasaran kredit sebahagiannya telah beku dan dalam mood panik.
20 September, Secretary Paulson dan Pengerusi Fed, Ben Bernanke menghantar rang undang-undang bailout kepada U.S Congress. Dow bangkit sekitar paras 11,000. Selepas Senate melakukan undian, mereka menolak rang undang-undang Fed. Dow jatuh sebanyak 777.68 mata, paling buruk dalam sejarah. Pasaran global turut panik dan terkesan. Untuk memulihkan kestabilan kewangan, Fed menggandakan currency swaps dengan bank pusat di Eropah, England dan Jepun. Kerajaan dunia terpaksa menyediakan semua kecairan untuk pasaran kredit yang beku.
Oktober 2008
Congress akhir meluluskan rang undang-undang bailout pada awal bulan Oktober tetapi kerosakan dalam pasaran telah terjadi. Labor Department melaporkan bahawa ekonomi telah kehilangan sebanyak 159,000 pekerjaan pada bulan September.
Pada 6 Oktober, Dow jatuh 800 mata, di paras terendah sejak 2004. Sejak Ogos 2008, sebanyak $500 bilion dana telah mengalir keluar dari pasaran. Fed dengan cepat menurunkan Fed Funds Rate kepada hanya 1%. Tetapi Libor bank lending rate meningkat kepada 3.46%. Fed juga menyelaraskan bailout bank pusat global. Dow bertindak balas dengan kejatuhan sebanyak 13% sepanjang bulan itu. Menjelang akhir Oktober, BEA mengeluarkan berita buruk. Ekonomi menguncup sebanyak 0.3% pada suku ketiga (Q3 2008). Amerika Syarikat sedang mengalami kemelesetan (recession).
* Perhatikan, krisis kejatuhan sebenarnya sudah berlaku lebih awal sebelum ia disedari umum.
November 2008
Bulan November bermula dengan berita yang lebih buruk. Labor Department melapirkan ekobomi kehilangan sebanyak 240,000 pekerjaan pada bulan Oktober 2008. Bailout AIF meningkat sebanyak $150 bilion. U.S Treasury mengumumkan mereka menggunakan sebahagian daripada bailout $700 bilion untuk membeli saham pilihan. The Big Three memohon bailout dari kerajaan. Pada 20 November 2008, Dow jatuh ke paras 7,552.29, new low.
Disember 2008
Fed menurunkan Fed Funds Rate kepada 0.0%, paling rendah dalam sejarah, Dow mengakhiri tahun 2008 dengan penyusutan nilai sebanyak 34%.
Tahun 2009
2 Januari 2009, pelabur percaya pentadbiran baru Obama dapat menangani kemelesetan dengan pasukan penasihat ekonominya. Tetapi berita ekonomi yang buruk terus berlanjutan. 2 bulan selepas itu, Dow merosot ke paras terendah, 6,594.44. Tidak lama selepas itu, pelan ransangan ekonomi Obama memberi keyakinan untuk menghentikan panik dalam pasaran. Pada 24 Julai 2009, Dow mencapai tahap yang lebih tinggi, ditutup pada paras 9,093.24.
Kesimpulan
Dalam setiap kenaikan, pasti ada penurunan. Dalam setiap penurunan, pasti ada kenaikan. Pasaran kewangan tidak jatuh mendadak dalam tempoh satu malam, ia mengambil masa bagi setiap fasa dalam pasaran untuk develop. Begitu juga semasa proses pemulihan dan proses kenaikan. Mereka yang berjaya dalam pelaburan dan perdagangan, sangat peka dengan perubahan keadaan pasaran dan akan sedar lebih awal.
No comments:
Post a Comment