20 Negara Hutang Terendah Dunia Per KDNK 2017 - Market Demon

Wednesday, June 6, 2018

20 Negara Hutang Terendah Dunia Per KDNK 2017


Statistik menunjukkan 20 negara dengan hutang negara paling rendah pada 2017 berhubung dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Data merujuk kepada hutang seluruh negara termasuk kerajaan pusat, wilayah, majlis perbandaran, pihak berkuasa tempatan dan secara keseluruhan. Pada tahun 2017, Russia membuat anggaran hutang negara mereka telah mencapai kira-kira 17.35 peratus daripada KDNK, berada di kedudukan ke-9 negara terendah hutang.

Hutang negara dan KDNK

Nisbah hutang kepada KDNK adalah penunjuk kepada keupayaan negara tersebut untuk menghasilkan dan menjual barang untuk membayar balik hutang yang sedia ada, namun negara-negara ini tidak semestinya tidak megambil hutang baru dalam proses tersebut. Ramai ahli ekonomi percaya bahawa jika sesebuah negara dapat menghasilkan lebih banyak pengeluaran tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi mereka sendiri, maka ekonomi dianggap lebih stabil, untuk masa depan. Walau bagaimanapun, negara-negara yang disenaraikan, dengan pengecualian bagi negara Rusia dan Arab Saudi, tidak semestinya mereka adalah kuasa ekonomi dunia yang utama. Negara-negara yang mempunyai kuasa ekonomi yang besar seperti Amerika Syarikat dan Perancis malah mempunyai nisbah hutang kepada KDNK tertinggi, menandakan bahawa hutang yang berlaku tidak semestinya merosakkan keadaan ekonomi dan kadang-kadang perlu untuk membantu membangunkannya.

Arab Saudi telah mengekalkan salah satu nisbah hutang kepada KDNK yang paling rendah disebabkan kadar eksport yang tinggi, yang sebahagian besarnya terdiri daripada bahan mentah gas dan petroleum. Memandangkan kepentingan minyak di dunia hari ini, Arab Saudi menghasilkan minyak yang mencukupi dan memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk mengekalkan KDNK yang tinggi dan mengelak daripada menanggung hutang terlalu besar.


Sumber : Statista, National Debt Clock

No comments: