Senarai Baru Amaran Pengguna BNM - Market Demon

Tuesday, June 5, 2018

Senarai Baru Amaran Pengguna BNM




Bank telah memperbaharui senarai Pemberi Maklumat Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Sila ambil perhatian bahawa senarai itu tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai terkini terdiri daripada 419 syarikat. Kazuki Coin baru-baru ini tular di laman sosial mengatakan ianya adalah matawang era baru dan terbaik. Dinasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati sekiranya anda ingin melabur atau terlibat dalam dunia matawang digital. 

Kazuki Coin


Senarai ini akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan awam. Untuk melihat senarai dikemaskini, klik pada pautan ini List BNM 

Anda disaran untuk membaca artikel kami yang bertajuk "Jenis-jenis Analisis Cryptocurrency Market" untuk dapatkan sedikit panduan asas dan berguna dalam mengenalpasti cryptocurrency yang "bernilai dan berpotensi" bukannya junk coin.