Casio Transformers G-Shock - Market Demon

Saturday, November 17, 2018

Casio Transformers G-Shock


Casio dengan kerjasama Transformer toymaker, Takara Tomy, telah melancarkan Transformer edisi khas dengan jam tangan G-Shock dipasang pada hatinya. Menurut Casio, promosi ini sempena meraikan ulang tahun ke-35 G-Shock dan Transformer pada 2019.

Model jam tangan G-Shock, DW-6900TF-Set Master Optimus Prime Resonant Mode, berwarna merah dengan tali biru mempunyai tema warna yang sama seperti robot Transformer. Casio dan Takara Tomy turut menyiarkan video pendek sebagai teaser. Malangnya, tiada maklumat mengenai harga atau tarikh produk ini dikeluarkan.





No comments: