- Sifat dan kepentingan kitaran.
- Tidak mempunyai pengalaman yang banyak melalui pelbagai kitaran.
- Tidak mempunyai pengetahuan tentang sejarah kewangan dan tidak mempelajari tentang kitaran masa lalu.
- Mempunyai pandangan yang sempit dan tidak memahami apa yang terjadi disebalik sesuatu peristiwa dalam pasaran.
- Tidak memahami betapa pentingnya kitaran dan bagaimana untuk bertindak.
Pelabur unggul memperhatikan kitaran. Mereka peka dengan kedudukan semasa dalam kitaran dan tahu kesan dari setiap tindakan. Ini membolehkan mereka membuat keputusan dan pertimbangan yang berguna. Khususnya :
- Adakah pasaran di permulaan fasa atau di penghujung fasa?
- Adakah pasaran berada dalam zone bahaya?
- Adakah tingkah laku pelabur didorong oleh ketamakan atau ketakutan?
- Adakah pasaran sudah terlalu mahal atau adakah ia sudah terlalu murah?
- Adakah kedudukan semasa dalam kitaran membayangkan bahawa pelabur harus menekankan pendekatan defensif atau agresif?
Mempunyai pengetahuan tentang elemen-elemen yang disebut di atas memberi pelabur unggul kelebihan yang membolehkan mereka meraih keuntungan lebih banyak berbanding kerugian. Mereka memahami kecenderungan atau kemungkinan, oleh itu mereka tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu. Kitaran dapat memberitahu kita bagaimana untuk membuat persiapan masa hadapan tanpa perlu meramalkan masa hadapan.
Di mana kedudukan kita dalam kitaran mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kemungkinan. Mengetahui di mana kedudukan kita dalam kitaran juga dapat membantu kita mengelak dari kemungkinan yang tidak diinginkan. Kemungkinan berubah sejajar dengan perubahan kedudukan di dalam kitaran. Mereka yang memahami kitaran pasaran tidak mengetahui apa yang akan berlaku dalam pasaran pada masa hadapan tetapi mereka mempunyai kelebihan pengetahuan mengenai apa yang mungkin berlaku dalam pasaran pada masa hadapan.
Sifat Semulajadi Kitaran
Dalam pasaran, kitaran naik dan turun. Kitaran wujud dalam pelbagai bentuk dan mempunyai kaitan dengan pelbagai peristiwa sama ada ekonomi atau geopolitik. Pola kitaran yang terbentuk mempunyai banyak persamaan dan ia cenderung konsisten dari masa ke masa. Sebagai mana yang diperkatakan oleh Mark Twain,
History doesn’t repeat itself, but it does rhyme.
Kata-kata Mark Twain itu merangkumi banyak perkara tentang kitaran. Kitaran boleh wujud dalam bentuk berbeza-beza dari segi sebab dan butiran, masa dan julat, serta naik dan turun. Kitaran akan berlaku selama-lamanya, menghasilkan perubahan dalam persekitaran pelaburan.
Garisan pusat dalam gambarajah merupakan titik tengah (midpoint) di mana kitaran berayun. Ia kadang-kadang mempunyai arah yang mendasar atau trend sekular. Bagi mereka yang memahami kitaran, ia memberikan peluang keuntungan. Kitaran terbentuk dalam beberapa fasa. Rujuk gambarajah di bawah.
a) Recovery dari extreme low ke arah midpoint.
b) Penerusan trend melepasi midpoint ke arah extreme high.
c) Pencapaian tertinggi atau extreme high.
d) Downward correction dari extreme high ke midpoint.
e) Penerusan penurunan melewati midpoint ke arah new low.
f) Mencapai tahap terendah (new low) atau extreme low yang baru.
g) Sekali lagi, recovery dari extreme low ke midpoint.
h) Seterusnya, penerusan ayunan melepasi midpoint ke arah extreme high.
Penting untuk diingatkan bahawa tidak wujud istilah titik permulaan atau titik akhir dalam kitaran. Apa yang disenaraikan di atas boleh digambarkan sebagai mewakili fasa semulajadi dalam kitaran.
Bersambung di bahagian ke-5, midpoint.
Jangan lupa ikuti kami di Twitter & Telegram.
“There seems to be an unwritten rule on Wall Street : If you don’t understand it, then put your life savings into it.”
No comments:
Post a Comment