Jepun Memperkenalkan Peraturan Baru Bagi Dagangan Margin Cryptocurrency - Market Demon

Monday, March 25, 2019

Jepun Memperkenalkan Peraturan Baru Bagi Dagangan Margin Cryptocurrency

Image result for japan introduce margin call regulation

Menteri kabinet Jepun melaporkan telah meluluskan draf pindaan instrumen kewangan Jepun dan undang-undang perkhidmatan pembayaran, mengehadkan leverage dalam perdagangan margin cryptocurrency pada dua hingga empat kali deposit permulaan.

Perdagangan secara margin adalah penggunaan dana yang dipinjam dari broker untuk berdagang aset kewangan, ia seperti sebuah bentuk cagaran untuk peminjam. Peraturan baru ini dilaporkan akan mula berkuatkuasa pada April 2020 dan ia memerlukan pengendali pertukaran cryptocurrency untuk mendaftarkan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh tersebut, yang pada dasarnya akan membolehkan Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA) untuk memperkenalkan langkah-langkah yang relevan berkenaan dengan cryptocurrency.

Berikutan pengisytiharan peraturan baru, entiti yang berurusan berkenaan dengan cryptocurrency akan diperhatikan oleh kerajaan, ini bagi melindungi pelabur. Di samping itu, pengendali cryptocurrency akan dibahagikan secara berkumpulan mengikut ketegori ini bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam perdagangan margin dan mereka yang mengeluarkan token melalui penawaran duit syiling permulaan (ICOs).

Dengan langkah ini, pengawal selia mesti melaporkan setiap aktiviti yang mencurigakan dan ini bertujuan untuk menjamin pelabur daripada terperangkap dalam Skim Ponzi.


Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon

No comments: