The Wizard of Lies - Market Demon

Wednesday, April 11, 2018

The Wizard of Lies

Anda pernah dengar istilah 'Fraud'? 'Fraud' bermaksud seorang individu yang membuat penipuan ataupun pembohongan bertujuan untuk menghasilkan keuntungan atau berkepentingan peribadi. 

Bagaimana pula dengan istilah 'Scam'? 'Scam' bermaksud sebuah program atau skim yang dibuat oleh individu atau kumpulan untuk menipu orang ramai bagi mendapatkan keuntungan atau kepentingan peribadi.


Saya CryptoPawn, pada sesi kali ini akan membawakan kepada anda, sebuah peristiwa jenayah kewangan (fraud) atau Ponzi Scam yang paling dahsyat pernah berlaku. Bernard Lawrence Madoff telah melenyapkan duit para pelabur hampir $65 billion tanpa kesan. Modus operandinya beroperasi di tingkat 17, Bangunan Lipstick di New York. Tapi tahukah anda, permulaan karier beliau tidaklah semewah masa kejayaannya.

Rockaway Queens 1960 adalah permulaan perjalanan hidup Madoff. Beliau hanya berbekalkan wang $5,000 (lebih $35,000 hari ini) untuk menceburkan diri dalam dunia saham. Miami Beach adalah tempat yang menyaksikan titik bermulanya kerjaya beliau. Madoff berpindah ke Miami Beach iaitu tempat tinggal golongan mewah untuk mengintai duit yang lebih banyak daripada para pelabur.

Beliau bernasib baik apabila perniagaan yang diusahakan melalui platform perdagangan New York Stock Exchange (NYSE) kurang pesaing kerana beliau menggunakan sepenuhnya teknologi komputer. Teknologi yang diperkenalkan oleh Madoff telah menjadi satu pembangunan yang besar dalam NASDAQ.

Namun begitu, Madoff masih tidak dapat memenuhi kemahuannya untuk mengaut keuntungan yang lebih lumayan. Beliau telah mengambil keputusan berpindah ke Palm Beach disebabkan tempat-tempat tersebut didiami oleh golongan elite dan jutawan dalam pelaburan. Sejak berpindah, beliau meraih kepercayaan dengan menjadi sebahagian daripada komuniti Palm Beach. Tanpa disedari beliau sangat dipercayai di sebabkan karisma dan kebaikan yang beliau tunjukkan. Ini menyebabkan rancangan Madoff mula jadi kenyataan, imbuhan yang beliau idam-idamkan selama ini, "Duit daripada para pelabur" semakin berubah ke arah positif.

Hedge Fund:

10% pulangan tetap menjadi keghairahan para pelabur pada masa itu. Madoff memulangkan keuntungan 10% tanpa gagal kepada pelabur. Kejayaan Madoff memulangkan 10% keuntungan tersebar dengan pantas, nama beliau semakin pupular dalam dunia saham. Beliau terus mencipta keuntungan dan mengurangkan risiko kerugian dengan menggunakan teknik yang dipanggil sebagai 'Collar', tetapi menggunakan teknik ini masih tidak cukup dalam dagangan saham, menyebabkan beliau tidak mencapai 10% keuntungan secara tetap.

Rahsia Sulit:

Semasa berdagang saham di tingkat 17 dalam Bangunan 'Lipstick', Madoff terfikir jalan untuk mencari keuntungan yang lebih banyak. Di tempat inilah semuanya disimpan, hanya sebilangan kecil pekerja yang dipercayai oleh beliau, lalu dibenarkan masuk ke tingkat ini. Tempat ini terpencil dan dirahsiakan daripada para kakitanganya yang lain. Komputer IBM akan mengeluarkan maklumat  atau penyata palsu untuk pelanggannya. Dalam masa yang sama komputer itu juga bersambung dengan seluruh jaringan firma beliau, agar kerja beliau tidak disedari oleh kakitangannya yang lain. Bagi mengelakkan risiko untuk kegiatan Fraud beliau diketahui oleh pelabur, menerusi 'digital Footprint', Barnie Madoff hanya mencetak "clients statement' di atas kertas. Cuba anda bayangkan seorang pelanggan beliau melabur $1,000,000 kepada beliau, Madoff akan memulangkan $100,000(10%) setiap tahun selama 10 tahun. Selepas tempoh kontrak tersebut, beliau akan memulangkan semula duit kepada pelabur. Pada tahun ke-11, beliau tidak lagi mempunyai sumber kewangan untuk diberi kepada pelabur. Bermakna teknik Fraud beliau akan menemui kegagalan pada penghujungnya.

Teknik klasik 'Charles Ponzi':

Bagi menjayakan misi Fraud yang beliau telah rancang bertahun-tahun, dia menarik pelabur baharu untuk melabur skim piramid yang beliau telah susun. Melalui skim ini dana untuk membayar pelabur lama semakin mudah dan keuntungan kegiatan Fraud beliau telah meningkat secara mendadak. Kunci utama untuk Fraud beliau menguasai WallStreet pada masa itu ialah pelabur baru menarik lebih ramai pelabur baru yang lain. Tetapi bagaimana operasi skim ponzi beliau boleh bertahan selama 20 tahun tanpa kegagalan:

1.  Elakkan duit dikeluarkan pada peringkat awal dan pertengahan.
2. Teruskan memujuk pelabur baru untuk lebih banyak buat pelaburan dan mengajak semua kenalan mereka terlibat sama.
3. Beliau menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk megaburi mata para pelabur, dengan data-data dagangan saham oleh firma beliau yang sebenarnya adalah palsu
4. Beliau mengelak pihak berkuasa kewangan mengetahui atau menyebarkan perwatakan fraud Madoff daripada diketahui.
5. Madoff mengunakan firma audit kecil dan tidak diketahui ramai.
6. Merahsiakan identiti sebenar para pekerjanya yang mengetahui kegiatan beliau.
7. Barnie Madoff juga mengelak para pelabur yang terlalu banyak menyoal.
8. Mencari pelabur-pelabur ternama atau popular untuk menarik orang ramai ke dalam pelaburan firma beliau dan banyak lagi.


Era kejatuhan:

Ekonomi global mengalami kejatuhan pada tahun 2008 dan tahun itu adalah permulaan tragedi buruk beliau. Ramai pelabur mula menarik diri dan ingin mengeluarkan semula dana yang mereka telah laburkan. Semestinya duit mereka laburkan, ghaib ditelan aktiviti Fraud Madoff. Dianggarkan nilai Fraud yang telah berjaya beliau capai sekitar $58 hingga $65 billion habis lesap. Penghujung watak kemewahan beliau, daripada kehidupan 'Roll Royce' dan koleksi 7 jam Rolex terunggul di dunia telah bertukar ke kandang besi. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 150 tahun maka tamatlah kisah fraud beliau sebagai salah seorang lagenda dalam dunia kewangan.

Pembelajaran dari kisah ini:

Sebilangan kecil pelabur di Malaysia lebih berfikiran singkat, mereka lebih mengutamakan pulangan untung tetapi tidak meletakkan sebuah nilai ilmu di depan. Rakus dalam keghairahan mengejar keuntungan adalah cara mereka bertindak, lebih-lebih lagi tentang melibatkan senario Cryptocurrency iaitu sesuatu gelombang yang baru di tanah air. Waspadalah bukan bermaksud anda salah  tetapi sebaik-baiknya cuba buat kajian teliti dan belajar dengan lebih mendalam.

Baca juga : Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Jeju